Khamis, 27 Disember 2012

Belakang Tabir - Majlis Konvo UMS kali ke 14

Warrgghh!!! Akhirnya saya dilantik sebagai AJK Protokol Konvokesyen UMS.

Pada 20hb - 22hb Oktober 2012, telahpun berlangsungnya majlis konvo. Saya sepatutnya bertugas di bahagian sambutan VVIP tapi saya telah menyelinap masuk ke zon lain pada hari ke-2 iaitu di bahagian tengah dewan Canselor - bahagian pelajar. Hehehe... Sebab kawan-kawan SPU saya semua kat sana. 

Dalam masa yang sama, saya sempat juga berkenalan ngan AJK dari jabatan lain. Paling best dari Bendahari la... Encik Radika dan Encik Yusri. Selamat berkenalan! Best juga la bertugas di waktu konvo tu. Dapat makan sama-sama ngan kawan-kawan, dapat tukar-tukar number phone ngan staff lain etc. Tahun depan konvo lagi. Bila la agaknya turn saya naik ke pentas. Teringin jugak! =(

Kalau ada konvo... mesti ada Tamu Gadang. Kali ni rasa seronok pula sebab boleh minum air Lo Han Guo. Memang marvellous! Masa penutupan tamu, saya pergi juga sebab dah janji ngan Yusri. Ada persembahan daripada Adira, Stacy dan lain-lain. 

Ni la antara gambar-gambar konvo yang saya ada. Enjoy!

AJK Protokol menggila (konon tengok UFO)



Foto kredit to FB MyC. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!