Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012

31hb Disember 2012....

Banyak kenangan yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Ada suka dan duka. Bagi sesetengah orang... pasti tahun 2012 adalah tahun yang tak dapat dilupakan kerana banyak kenangan manis yang telah di ukirkan. Bagi saya pula, tahun 2012 adalah tahun yang penuh cabaran dan kejutan.

Dalam tahun ni saja, ramai kakitangan Sekolah Perubatan yang dah berkahwin. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu! Saya juga telah berpindah dari SPU ke Jabatan Canselori. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, pemandangan luar tingkap yang baru dan environment kerja yang berlainan. Dalam aspek kehidupan, saya banyak belajar perkara yang berbeza. Namun begitu, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dan saya akan sedaya upaya push diri saya supaya maju ke hadapan. Sila berikan tunjuk ajar!

Saya mengharapkan bahawa tahun 2013 akan membawa banyak kebaikan, keberkatan dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita.. Semoga azam kalian dapat dilaksanakan dengan baik. Insya Allah.... Amin... 

Tahun 2012 akan sentiasa dirindui... Apa kata kita tengok apa yang bakal terjadi pada tahun 2013....

Ahad, 30 Disember 2012

Antara Perkara yang paling Bikin Down.... - IGNORE

Apabila seseorang dah tak mempedulikan kita atau ignore kita.... kita akan rasa disisihkan. Masa tu kita rasa down, rasa tak penting la apa la... Kita juga akan terfikir macam-macam benda negatif seperti - risau apa-apa terjadi kat orang tu, kenapa dia buat macam tu ngan kita dan lain-lain lagi. Seriously saya pun kurang berkenan kalau orang ignore saya :-) 

Keburukan ignore orang lain boleh menyebabkan:
  1. Rasa tersisih dan seperti tidak penting dalam hidupnya
  2. Menyakitkan hati 
  3. Rasa kita ni macam bercakap ngan tunggul kayu pun ada
  4. Rasa nak tampar orang tu. Hahahaha.
  5. Rasa macam kita nak buat balik kat dia benda yang sama. (Jahat)
  6. Kalau yang buat tu adalah kekasih kita, mesti kita fikir dia ada skandal ngan orang lain. 
  7. Menyebabkan kemurungan
  8. Fikiran tak tenteram
  9. Timbul perasaan benci
  10. Kita rasa macam ni tak nak la berkawan ngan orang jenis macam ni lagi. 
Perasaan manusia ni tak ada siapa yang tahu. Kita sentiasa tersenyum pun, kita tak tau apa yang ada di dalam hatinya. Perasaan orang kita kena jaga. Tapi yang tak bestnya.... bila kita jaga perasaan orang tu.... orang tu tak jaga hati kita dengan baik. Kadang-kadang benda macam ni adalah punca retaknya perhubungan. 

Kesimpulannya.... jangan ignore kawan-kawan kita, pasangan kita dan keluarga kita. Tak baik! Nanti kalau kita dah tak dipedulikan, masa tu baru kita tau erti menyesal. 

Antara quotes yang paling best:

"I hate the fact that you ignore me for so long, then you start talking to me like nothing happened"
- Unknown quotes

"If you ignore me, I won't wait around. I won't bug you, I just won't talk to you, simple as that. Sure it's going to be hard, but it won't hurt as much as being ignored. I deserve better than that. I'll move on and find someone who actually cares about me, because obviously you don't. If you continually treat me like crap what reason do I have to stay?"
- Unknown quotes

P/S - Apa-apa pun... sentiasa bersabar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Peace ^^

Cara Mengatasi Orang yang Jahat kat Kita

Memang tension kalau ada orang di sekeliling kita yang tak pernah puas hati kat kita, dengki, suka jaga tepi kain dan tuduh kita macam-macam. 

Kita dah sabar sesabar-sabarnya tapi mulut orang tetap tak pandai tutup... malah makin menjadi. Lepas tu, orang tu cerita pulak kat kawan-kawan dia dan kawan-kawan dia pun cerita kat orang lain dan seterusnya. Kita ada pelbagai cara untuk mengatasi benda-benda macam ni. Jom kita baca satu-persatu


  1. Ignore saja. Nanti pandai la mereka diam tu kalau mulut dah penat
  2. Sentiasa berdoa agar mereka ditunjukkan jalan yang lurus dan sudah-sudah la tu mengata orang. Tak baik tau....
  3. Kita sibukkan diri kita dengan aktiviti lain seperti melakukan tugasan, bersenam, tengok TV, beriadah, dengar lagu dan macam-macam lagi. Sure kita tak ada masa nak ingat benda-benda macam ni. 
  4. Kalau dia tiba-tiba SMS kita dan tuduh itu ini, tak apa.... Kita balas balik dengan perkataan baik-baik. 
  5. Sentiasa berfikiran positif. Anggap semua ni cabaran hidup. Tanpa cabaran, kita takkan maju ke hadapan.
  6. Sabar itu separuh daripada iman. Sentiasa bersabar...................
  7. Kalau dia jahat kat kita.... kita jangan jahat kat dia balik. Kita layan dia baik-baik dan sedia membantu dalam segala aspek. Mesti dia malu.
  8. Jika perbuatan jahat dia tu melarat, adalah lebih baik kita bersemuka kat dia dan bawa berbincang. Tak payah gaduh-gaduh. Tak baik.....
  9. Jaga tingkah laku kita sendiri agar orang tak ada cara nak kenakan kita. Memang mulut orang kita tak mampu tutup. Tapi selagi kita berbuat baik.... Tuhan akan melindungi kita. Yang benci kat kita memang sah orang yang jealous. Dia nak jadi macam kita juga. Apa boleh buat, kalau dah jealous tu... sentiasa akan jealous. Nak jadi macam kita, dia tak dapat. Jadi, dia nak kenakan kita. Apa-apa pun... yang pastinya dia telah menunjukkan kobodohan dirinya sendiri.

"I can't really change my life to accommodate people who are jealous. I don't see why I should"
- Sting -

Reunion dengan ex-SK Tansau

Thank you to kawan-kawan kerana berjaya mengaturkan pertemuan ini semalam. Walaupun ada sedikit "malang".... tapi last-last kita sempat juga lepak kat Full House Suria Sabah dan berkaraoke di Centre Point sampai larut malam.

Kenapa "malang"? Macam ni.... mula-mula kami cadang nak lepak ka Grace Point. Tetapi ramai orang dan keadaan tak berapa selesa. Lepas tu cadang nak pergi ke Medan Selera- Tanjung Aru 2. Tengok-tengok.... gelap pula (TUTUP). Akhirnya..... kami pergi ke Suria Sabah. Nak pergi karaoke tapi mahal sangat. RM32 untuk satu kepala. Tak berbaloi. Akhirnya kami ke Full House.

Banyak cerita-cerita yang kami bualkan semalam. Seronok juga la mengikuti perkembangan kawan-kawan yang lain. Dah lama tak jumpa tapi rasa macam mesra sangat. Apa tak.... kan dah lama kenal. Jadi tak ada rasa janggal langsung. 

Antara ex-Tansau yang hadir adalah saya, Ija, Sue (and tunang), Ridwan, Papai. Lain-lain tak dapat hadie sebab ada program lain. Sempat juga terjumpa ngan Ira sebab kebetulan dia kerja kat Full House.

Ok! Nanti kalau ada masa, lepak la sama-sama lagi. In Sha Allah.....

P/S - Tak ada gambar sebab masa ni saya tak pakai tudung lagi ^^. Mohon maaf.

Jumaat, 28 Disember 2012

My Darling Patimah dah Kahwin! Congratz!

Akhirnya kawan saya, Patimah dah selamat menjadi isteri orang. Tahniah darling! Kamu dah kahwin dengan jejaka pilihan kamu. Sama cantik sama padan.

Ramai juga geng SPU yang hadir ke majlis perkahwinan tu tapi saya, MyC dan Hammie sampai dulu. Mula-mula mesti la bersalam dengan orang tua kepada pengantin. Lepas tu terus mencari makanan dan makan sambil menikmati persembahan. 

Dah abis makan, naik ke rumah pengantin perempuan untuk "ambil berkat". Hehehe...

Hari tu Patimah pakai baju warna pink. Sangat cantik! Ada juga baju putih untuk acara potong kek tapi masa tu kami dah pulang da.... (Lepak kat 1Borneo kejap sambil bercerita sakan).

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Patimah dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu! =)

Majlis bersanding adalah pada 16hb Disember 2012.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

P/S - Gambar terbaharu Patimah bersama suami dan baby. ^^ 
Kredit foto Patimah


Khamis, 27 Disember 2012

Belakang Tabir - Majlis Konvo UMS kali ke 14

Warrgghh!!! Akhirnya saya dilantik sebagai AJK Protokol Konvokesyen UMS.

Pada 20hb - 22hb Oktober 2012, telahpun berlangsungnya majlis konvo. Saya sepatutnya bertugas di bahagian sambutan VVIP tapi saya telah menyelinap masuk ke zon lain pada hari ke-2 iaitu di bahagian tengah dewan Canselor - bahagian pelajar. Hehehe... Sebab kawan-kawan SPU saya semua kat sana. 

Dalam masa yang sama, saya sempat juga berkenalan ngan AJK dari jabatan lain. Paling best dari Bendahari la... Encik Radika dan Encik Yusri. Selamat berkenalan! Best juga la bertugas di waktu konvo tu. Dapat makan sama-sama ngan kawan-kawan, dapat tukar-tukar number phone ngan staff lain etc. Tahun depan konvo lagi. Bila la agaknya turn saya naik ke pentas. Teringin jugak! =(

Kalau ada konvo... mesti ada Tamu Gadang. Kali ni rasa seronok pula sebab boleh minum air Lo Han Guo. Memang marvellous! Masa penutupan tamu, saya pergi juga sebab dah janji ngan Yusri. Ada persembahan daripada Adira, Stacy dan lain-lain. 

Ni la antara gambar-gambar konvo yang saya ada. Enjoy!

AJK Protokol menggila (konon tengok UFO)



Foto kredit to FB MyC. 

Selasa, 25 Disember 2012

Ada Hantu di Canselori?

Ramai yang kata Universiti Malaysia Sabah ni tempatnya agak “keras”. Antara salah satu tempat tu adalah di bangunan Canselori. Ye ke?


Ada beberapa orang kakitangan cerita kat saya tentang kejadian-kejadian aneh yang telah berlaku. Saya dengan super excitednya mendengar cerita mereka. Saya ni selalu pulang lewat untuk menyiapkan kerja-kerja (sambil melepak di dalam pejabat).

Ada juga yang pernah tegur saya jangan selalu balik lewat tapi saya tak endah sangat. Datuk VC pun pernah nasihatkan saya juga jangan pulang melebihi jam 10 malam. Sehingga pada suatu hari tu, saya dan kawan saya lepak kat dalam office buat kerja sambil bercerita sakan. Waktu tu rasanya baru dalam jam 7.40PM kot. Tiba—tiba saya terdengar bunyi orang berlari di atas ceiling. Sangat kuat. Saya sangka tikus. Tapi fikir-fikir balik…. Takkan tikus berlari sekuat itu. Masa tu buat tak peduli saja. (Tapi dalam hati....)

Makin lama makin ramai pula yang bercerita kat area Canselori ni “keras”. Ada yang terlanggar makhluk budak kat bawah meja la, ada yang terserempak "benda" rambut panjang dan macam-macam lagi la. Sehingga pada suatu malam, saya bersendirian tengah buat kerja. Masa tu tak ingat jam berapa tapi rasanya dekat-dekat jam 8.

Saya dengar bunyi orang nak buka pintu kaca utama tu. Ingatkan kawan saya yang datang tapi tengok-tengok tak ada apa pula. Lepas tu bunyi tu berpindah ke bilik setiausaha pula. Saya okay lagi….. sehinggakan saya terdengar bunyi tapak kaki orang tengah berjalan di atas karpet. Agak seram tapi saya buat tak peduli sangat. Tapi last-last tu saya blah juga sebab rasa lain macam.

Ntah betul atau hanya imaginasi saya.... saya pun tak tau. Apa-apa pun, percaya kepada Allah S.W.T