Ahad, 11 November 2012

Stars Archery di 1Borneo- 1st time ni

Selalu saya lalu lalang depan Stars Archery tu tapi tak pernah masuk pun. Tiba-tiba suatu hari tu kawan bawa masuk dalam tu sebab ada kupon diskaun. (50%) Saya dengan penuh excited pun masuk juga la.

Mula-mula memang tak pandai. Tapi instructor tu ajar. Lepas tu terus pandai la pula. (Rasa macam dalam wayang Hunger Games). Seronok! Walaupun kita berdiri ja di platform tu, tapi berpeluh juga la masa tu. Ada juga yang tersasar sikit tapi lama-lama tu makin okay. Ingat petua tarik nafas... tahan dan terus memanah. Setakat ni ada juga beberapa panah yang terkena tepat di sasaran kuning (centre) dan ada yang sampai berlapis-lapis pula (cerita Robin Hood).

Stars Archery ada banyak cawangan dan kalau kat Kota Kinabalu, ia berada di 1Borneo Hypermall. Jom datang beramai-ramai! Klik sini kalau nak tengok gambar-gambar terbaik orang-orang yang pernah masuk Stars Archery.


2 ulasan:

Terima kasih!