Ahad, 11 November 2012

Beauty of ODEC

Siapa kata ODEC di UMS tak cantik?

Kawan saya bawa saya ke ODEC untuk tengok sunset. Tak jauh dari pejabat pun. Turun lif.... naik kereta tak sampai 5 minit. Akhirnya sempat juga tengok matahari tu blah. (Thank you untuk wafel yang manis dan sedap + milky tea yang nyam nyam nyam!)

Duduk cerita sambil tengok laut.... tengok matahari yang cantik.... hidu bau laut yang segar... sambil makan snek. Memang best. Lepas tu balik office sambung kerja. ^^ Simple life.

Stars Archery di 1Borneo- 1st time ni

Selalu saya lalu lalang depan Stars Archery tu tapi tak pernah masuk pun. Tiba-tiba suatu hari tu kawan bawa masuk dalam tu sebab ada kupon diskaun. (50%) Saya dengan penuh excited pun masuk juga la.

Mula-mula memang tak pandai. Tapi instructor tu ajar. Lepas tu terus pandai la pula. (Rasa macam dalam wayang Hunger Games). Seronok! Walaupun kita berdiri ja di platform tu, tapi berpeluh juga la masa tu. Ada juga yang tersasar sikit tapi lama-lama tu makin okay. Ingat petua tarik nafas... tahan dan terus memanah. Setakat ni ada juga beberapa panah yang terkena tepat di sasaran kuning (centre) dan ada yang sampai berlapis-lapis pula (cerita Robin Hood).

Stars Archery ada banyak cawangan dan kalau kat Kota Kinabalu, ia berada di 1Borneo Hypermall. Jom datang beramai-ramai! Klik sini kalau nak tengok gambar-gambar terbaik orang-orang yang pernah masuk Stars Archery.