Selasa, 7 Ogos 2012

Family Day di Kundasang?

Walaupun dengar khabar saya akan berpindah ke jabatan lain, tapi saya tak akan lupakan SPU. 

Pada 3hb Ogos yang lalu, kami selaku sekretariat Family Day SPU pergi ke Kundasang untuk tengok mana tempat yang sesuai untuk kami mengadakan event tu nanti. Yang pergi hari tu adalah AP Dr Naing Oo Tha, Pakcik Kardi, DD, Acai dan saya sendiri. Perjalanan tak ada la lama sangat. Mungkin dalam 1 jam 45minit dah sampai.

Mula-mula kami tengok kat Sabah Tea Garden. Tempat tu menarik sebab luas, ada rumah panjang dan berdekatan dengan Kampung Luanti. Kalau nak stay kat rumah panjang tu rasanya tak mahal. Dalam RM120 semalam. Kalau nak yang mewah sikit, boleh stay kat cottage, RM240 semalam. Sila layari Sabah Tea untuk maklumat lanjut.

Lepas tu kami pergi pula kat Kinabalu Pine Resort. Pemandangannya cantik sebab dekat dengan Gunung Kinabalu dan sejuk pula tu. Sewa bilik hotel adalah dalam RM210+ semalam. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web Kinabalu Pine Resort 

Tapi kalau nak murah lagi, tinggal kat homestay pun okay. Kat Kundasang ada banyak homestay. Sebelah Kinabalu Pine Resort tu pun ada. Rate adalah RM70, RM80, RM90 semalam.

Mesti seronok sebab buat Family Day tahun ni kat Kundasang. Tahun-tahun yang sebelumnya pernah buat kat Tambunan, Tenom, Karambunai dan yang paling dekat di ODEC, UMS. 

Sebelum pulang, sempat juga singgah membeli bunga dan sayur-sayuran kat pasar berdekatan. Harga amat berpatutan, terutama bunga. Saya beli pokok Poinsettia (RM13), kaktus (RM3) dan pokok strawberi (RM12).