Isnin, 9 Julai 2012

Tuah Mata Kail, Menang Acara Memancing di Sukan Karnival SPU 2012

Arggghhh!!! Tak jumpa gambar tengah memancing masa acara Sukan Karnival SPU 2012. 

Sebenarnya ikan-ikan yang saya dapat tu tak ada la besar sangat. Kecil saja. Tapi sangat bernasib baik kerana ada para peserta yang langsung tak dapat ikan. Tak tau la kenapa. Ikan tengah kenyang kot. Sebenarnya acara memancing ni adalah acara berpasukan. Kumpulan kami adalah kumpulan Titans. Dan yang menyebabkan kami dapat juara bahagian memancing adalah kak Mary (staff kat SPU - kumpulan Titans jugak), kerana ikan yang dikail adalah besar (kerapu lagi tu). Maka dengan secara automatiknya saya pun turut menjuarai kategori tersebut bersama seorang lagi peserta.

Kesemua ikan kerapu yang saya berjaya kail tu telah dibedal oleh kekucing yang berada di rumah. 

Sebenarnya banyak acara yang telah berlangsung seperti sukan permainan Dart, Scrabble, Futsal, Walkaton, Pool dan lain-lain lagi. Tahun ini saya merupakan kordinator induk untuk Dart dan kordinator kumpulan untuk Scrabble & Dart.



2 ulasan:

Terima kasih!