Isnin, 30 Julai 2012

Resepi Kuih Onde-Onde a.k.a kuih Buah Melaka

Okay. Berikut adalah resepi kuih Onde-onde untuk sekali hidangan sahaja. Kalau nak tambah bilangan hidangan, sila tambah kuantiti bahan-bahannya ya.

Bahan-bahan:

- 7 sudu makan (penuh) tepung pulut
- 1 sudu makan (penuh) serbuk santan
- pewarna hijau
- Secubit garam
- Sedikit air
- Kelapa parut
- Gula melaka

Cara-caranya:

INTI ONDE_ONDE

Hiriskan gula melaka nipis2. Tujuannya supaya ia senang dimasukkan kedalam doh dan cair ketika dimasak. (Tak mau gula berketul-ketul kat dalam ketika dah masak nanti)



DOH ONDE-ONDE

- Bancuh sedikit air + secubit garam dan curah ke dalam tepung pulut.
- Masukkan serbuk santan.
-Gaul sehingga menjadi doh. (Liat macam plasticine
- Tuang beberapa titik pewarna hijau dan gaulkan sehingga sebati.

*Kalau nak kuih lebih wangi, tuangkan air daun pandan



MEMASAK ONDE-ONDE

-Didihkan air di dalam kuali terlebih dahulu.
- Bulatkan doh. Lubangkan bahagian tengah dan dimasukkan gula melaka. Kemudian bulatkan kembali doh sehingga tertutup inti.
-Masukkan terus doh ke dalam air yang mendidih.
-Tunggu sehingga doh terapung, toskan dan uli ke dalam kelapa parut.
-Onde onde siap dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!