Isnin, 30 Julai 2012

International Neuroscience Symposium 2012 - School of Medicine : Amazing

Walaupun masa bulan puasa ni, kami semua masih lagi menjalankan tugas masing-masing. Sekolah Perubatan dengan sukacitanya mengadakan International Neuroscience Symposium 2012 pada 23-25hb Julai 2012, bertempat di Auditorium Utama, Sekolah Perubatan.

Master of ceremony  adalah Yna, Fendy dan Nizam. Seronok kan? Sebab ada 3 orang.... Para penceramah jemputan datangnya daripada Jepun, Australia dan Malaysia sendiri. Pada hari ke-3 simposium adalah lawatan ke Kundasang, Sabah. Tapi masa tu saya tak dapat join sebab ada kerja lain yang perlu dilakukan.

Memang diakui kami semua amat penat sebab bulan tu tak ada stop buat kerja dari Isnin sampai Ahad. Memang tak ada cuti langsung. Bermula daripada minggu sukan, minggu Outward Bound Sabah dan seterusnya minggu simposium. Walaubagaimanapun, sangat seronok!

Yang lebih seronok adalah, kami 3 orang ni juga adalah Liaison Officer untuk simposium ni. Jadi ceritanya,  tentulah kami ke lapangan terbang pergi jemput penceramah dan menjawab segala soalan yang ditanya (contohnya.... Interesting places, islands, foods etc). 

Apa-apa pun, tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan simposium ini! Tanpa kita semua, tak ada kerjasama. Tak ada kerjasama, tak ada simposium. Good job!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!