Isnin, 30 Julai 2012

Resepi Kuih Onde-Onde a.k.a kuih Buah Melaka

Okay. Berikut adalah resepi kuih Onde-onde untuk sekali hidangan sahaja. Kalau nak tambah bilangan hidangan, sila tambah kuantiti bahan-bahannya ya.

Bahan-bahan:

- 7 sudu makan (penuh) tepung pulut
- 1 sudu makan (penuh) serbuk santan
- pewarna hijau
- Secubit garam
- Sedikit air
- Kelapa parut
- Gula melaka

Cara-caranya:

INTI ONDE_ONDE

Hiriskan gula melaka nipis2. Tujuannya supaya ia senang dimasukkan kedalam doh dan cair ketika dimasak. (Tak mau gula berketul-ketul kat dalam ketika dah masak nanti)



DOH ONDE-ONDE

- Bancuh sedikit air + secubit garam dan curah ke dalam tepung pulut.
- Masukkan serbuk santan.
-Gaul sehingga menjadi doh. (Liat macam plasticine
- Tuang beberapa titik pewarna hijau dan gaulkan sehingga sebati.

*Kalau nak kuih lebih wangi, tuangkan air daun pandan



MEMASAK ONDE-ONDE

-Didihkan air di dalam kuali terlebih dahulu.
- Bulatkan doh. Lubangkan bahagian tengah dan dimasukkan gula melaka. Kemudian bulatkan kembali doh sehingga tertutup inti.
-Masukkan terus doh ke dalam air yang mendidih.
-Tunggu sehingga doh terapung, toskan dan uli ke dalam kelapa parut.
-Onde onde siap dihidangkan

Belakang Tabir - International Neuroscience Symposium 2012

Walaupun kami ni nampak profesional kat depan orang ramai, tapi kami juga manusia biasa dan memerlukan sedikit humor untuk relaxkan kepala otak yang sedang bergeliga. 

Sedang speaker menyampaikan pembentangan mereka, kami dengan sukahati "bertapuk" (bersembunyi) di belakang kerusi auditorium. Apa kami buat? Bercerita, posing, tidur (kat bilik kawalan). 

Tapi kami masih lagi melakukan tugas-tugas protokol kami okay. Gila pun gila juga, kerja pun kerja juga. Apabila tiba masa bertugas, dengan serta merta kami pun stop dulu aktiviti gila kat belakang tabir tu.





International Neuroscience Symposium 2012 - School of Medicine : Amazing

Walaupun masa bulan puasa ni, kami semua masih lagi menjalankan tugas masing-masing. Sekolah Perubatan dengan sukacitanya mengadakan International Neuroscience Symposium 2012 pada 23-25hb Julai 2012, bertempat di Auditorium Utama, Sekolah Perubatan.

Master of ceremony  adalah Yna, Fendy dan Nizam. Seronok kan? Sebab ada 3 orang.... Para penceramah jemputan datangnya daripada Jepun, Australia dan Malaysia sendiri. Pada hari ke-3 simposium adalah lawatan ke Kundasang, Sabah. Tapi masa tu saya tak dapat join sebab ada kerja lain yang perlu dilakukan.

Memang diakui kami semua amat penat sebab bulan tu tak ada stop buat kerja dari Isnin sampai Ahad. Memang tak ada cuti langsung. Bermula daripada minggu sukan, minggu Outward Bound Sabah dan seterusnya minggu simposium. Walaubagaimanapun, sangat seronok!

Yang lebih seronok adalah, kami 3 orang ni juga adalah Liaison Officer untuk simposium ni. Jadi ceritanya,  tentulah kami ke lapangan terbang pergi jemput penceramah dan menjawab segala soalan yang ditanya (contohnya.... Interesting places, islands, foods etc). 

Apa-apa pun, tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan simposium ini! Tanpa kita semua, tak ada kerjasama. Tak ada kerjasama, tak ada simposium. Good job!






Buku Death Note Saya

Dah lama saya nak buku Death Note. Dan saya pernah cuba buat sendiri dengan membeli buku nota berkulit keras, lepas tu balut dengan kertas hitam dan tulis perkataan "Death Note" dengan liquid paper. Kreatif la sangat....

Akhirnya.... suatu hari tu saya ke kedai 100¥. Cadang nak tengok-tengok apa benda yang best dijual kat sana. Lagipun, kalau beli barangan kat sana melebihi RM30, anda layak mengikuti peraduan cabutan bertuah. (Dapat tiket ke Jakarta).... Tengok punya tengok, tiba-tiba ada jual buku Death Note. Buku tu sama macam yang real punya (dalam dan luar). Siap ada instruction cara untuk guna lagi tu. Saya pun sangat teruja waktu tu dan terus beli la. 

Sesiapa yang berminat nak beli buku Death Note, sila ke kedai 100¥ di Plaza Putatan, Sabah. Harga RM7.90. Kalau tak, anda juga boleh ke Suria Sabah. Saya tak ingat la apa nama kedai dia tapi kedai tu jual segala macam action figure anime. Ada juga jual tongkat sakti Harry Potter, barangan Naruto, Final fantasy dan macam-macam lagi.

Rabu, 18 Julai 2012

Sushi King Sushi Bonanza

Lama tak makan sushi. Tiba-tiba Sushi King ada buat sushi bonanza. Sushi hanya beharga RM2 sepinggan. Jadi kami pun menyerbu restoran tu.

Seronok rasanya apabila melihat sushi yang comel tengah bergerak seperti eskeletor, menunggu untuk dimakan oleh pelanggan. Paling sedap bagi saya adalah sushi dengan baby octopus, sushi dengan dengan obor-obor, dan sushi dengan belut.

Oh ya. Masa kami makan kat sana, kami dah plan nak ambil sushi yang ditabur dengan daun hijau yang dicincang halus sebab yang tu kira rare. Baru nak amik, orang yang kat meja sebelah sana tu dah ambil dulu. Macam tau-tau saja kami nak ambil. Seterusnya kami nak amik sushi belut. Tapi orang tu dah ambil dulu. Geram betul!!. Last-last kami minta sendiri kat chef tu. Senang cerita. Huh! 

Total semuanya adalah RM43 sebab kawan saya ada member card, jadi ada diskaun la. (Harga termasuk servis dan tax).


Isnin, 9 Julai 2012

The Loaf.... I Love!

Mmmmm!! Sedapnya roti kat kedai the Loaf. Rasanya yang lembut dan enak membuatkan saya nak ambil satu lagi la. Siapa tak try lagi, try la. 

kedai roti The Loaf bermula daripada Langkawi dan telah berkembang di beberapa tempat. Selain daripada roti, menu lain juga ada seperti sandwich, sup, pasta dan lain-lain. Oh ya! Kedai ni adalah milik Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia. Jom la serbu beramai-ramai. Rugi tau tak rasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke website The Loaf


Tuah Mata Kail, Menang Acara Memancing di Sukan Karnival SPU 2012

Arggghhh!!! Tak jumpa gambar tengah memancing masa acara Sukan Karnival SPU 2012. 

Sebenarnya ikan-ikan yang saya dapat tu tak ada la besar sangat. Kecil saja. Tapi sangat bernasib baik kerana ada para peserta yang langsung tak dapat ikan. Tak tau la kenapa. Ikan tengah kenyang kot. Sebenarnya acara memancing ni adalah acara berpasukan. Kumpulan kami adalah kumpulan Titans. Dan yang menyebabkan kami dapat juara bahagian memancing adalah kak Mary (staff kat SPU - kumpulan Titans jugak), kerana ikan yang dikail adalah besar (kerapu lagi tu). Maka dengan secara automatiknya saya pun turut menjuarai kategori tersebut bersama seorang lagi peserta.

Kesemua ikan kerapu yang saya berjaya kail tu telah dibedal oleh kekucing yang berada di rumah. 

Sebenarnya banyak acara yang telah berlangsung seperti sukan permainan Dart, Scrabble, Futsal, Walkaton, Pool dan lain-lain lagi. Tahun ini saya merupakan kordinator induk untuk Dart dan kordinator kumpulan untuk Scrabble & Dart.