Isnin, 18 Jun 2012

UK Funfair, Alam Mesra

Akhirnya saya dapat juga ke UK Funfair, Alam Mesra bersama dorang MyC dan Hammie. Ingatkan funfair ni mau tutup dah tapi rupanya di extend lagi sampai 1 Julai 2012. Jadi best la ni kiranya.

- Bayaran masuk RM2
- 1 token pula RM2. Setiap permainan ada yang guna 2 token  / 3 token.

Jadi kami pun memulakan game. Mula-mula sekali kami main Pusing Payung (pandai-pandai jak bagi nama). Best juga la sebab tinggi dan nampak pemandangan sekitar Alam Mesra. Hammie & MyC tengah menunggu untuk payung berpusing. Ada budak di belakang tu nangis sebab payung tak pandai berpusing dari tadi. Rating ⋆⋆⋆


Lepas selesai saja main payung, kami terus pergi main Putaran Sotong pula. Mula-mula tiada orang, lepas kami naik... terus ramai orang lain berpusu-pusu untuk naik juga. Bagi saya, ini la yang paling best setakat ni. Sotong tu berpusing, lepas tu kami pun ikut berpusing juga. Terus rasa melayang badan. Rating ⋆⋆⋆⋆⋆


Oleh kerana Hammie gayat, jadi saya dan MyC pun teruskan dengan permainan Paris Wheel. Relax sikit. Best juga la. Rating ⋆⋆⋆

Lepas tu pergi main Roller Coster tapi tak best sebab kin sait badan. Rail dia pendek dan besi tu bising betul la. Jadi tak recommend yang tu. Rating ⋆

After Roller Coster, kami singgah ke pernmainan Tacada. Yang ni bahaya sikit. Kalau nak main kena pegang kuat-kuat. Silap-silap boleh terjatuh dari kerusi. Tapi yang uniknya ada orang menari kat tengah-tengah tu. Punya la expert orang tu menari. Kami yang duduk kat tepi ni semua nak terjatuh sebab pusingan terlalu laju. Hahaha! Rating ⋆⋆⋆⋆

Lepas tu kami ke Rumah Hantu. Tak best. Tak nampak apa-apa. Cuma ada benda yang pegang kepala saya saja. Nak sampai pintu keluar, ada patung rambut afro warna oren. Tak best! Rugi. Rating ⋆

Seterusnya tak tau mau main apa lagi. Jadi menghabiskan duit dengan bermain dart. Pas tu blah keluar singgah makan kat Sinario Cafe. Makan sate, mee Tuaran, Roti Bakar Kahwin dan minum Milo sejuk.

Ada banyak lagi permainan yang menanti sehingga 1 Julai 2012 ni bermula dari jam 6-11 malam. Ada permainan Apollo, Kereta Elektrik, Keretapi, Space Gun, Sudden Impact dan lain-lain lagi. Datang la beramai-ramai ke Funfair Alam Mesra!







3 ulasan:

  1. Lebam2 tanganku bergayut hand rails di sotong2 tu. Buruk eh ghost train ngan rollercoaster tu.

    BalasPadam
  2. Sa pun lebam tangan rupanya. Paha, lengan semua lebam. Iya buruk betul tu rollercoaster. Nyesal naik

    BalasPadam
  3. kalau sa yg kejam ni, sa kasi rating 0.5 ja dua2 kali hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih!