Rabu, 2 Mei 2012

Bandaraya Kota Kinabalu yang Sangat Sesak!

Pada 30hb April 2012, berlakunya blackout di seluruh Sabah dan WP Labuan akibat kerosakan main station elektrik di Penampang, Sabah. Ianya berlaku pada kira-kira jam 3.30AM. Tepat jam 6.30AM, saya dah bertolak ke tempat kerja. Dan u-turn kat Putatan punya la sesak. Saya terpaksa buat pusingan kat Lok Kawi pula. Tengok saja u-turn area Petagas, sama juga sesak. Kesesakan ni berlaku akibat tak ada elektrik (lampu isyarat tak berfungsi). Stesen minyak pun semua tutup!

Setelah menuju ke area Sutera Harbour, lampu isyarat masih tak berfungsi. Polis pula buat roadblock. Saya pun hairan juga sedangkan kes BERSIH dah berlalu. Rupanya pasal ada 2 orang banduan dari lokap balai polis Karamunsing berjaya melarikan diri. Sangat bahaya kerana mereka disabitkan kes samun bersenjata dan curi kereta.

Last sekali, sampai juga ke UMS. Tapi nak punch card pun tak dapat kerana sistem down. Sarapan pun tak best sebab panas. Kerja pun tak dapat buat. Nasib baik kami ada emergency plug. Boleh juga saya buka laptop saya dan buat ilustrasi yang tak siap lagi. Elektrik dan okay semula dalam jam 11.40am. Selamat...

Pada keesokan harinya, 1hb Mei 2012 (Selamat Hari Pekerja!), saya dan mum ke 1Borneo nak tengok kain baju kurung kat Kamdar. Tengah best memilih kain, tiba-tiba elektrik tak ada lagi!!! Sangat geram. Dah siap bayar kat kaunter, kami terus ke restoran Apple untuk menikmati makanan dalam gelap (ada lampu emergency saja). Dah kami bayar tiket, kami terus blah dari sana. Tapi sangat traffic jam. Semua orang pun tak nak bagi laluan. ada satu kereta Proton Saga tu (masi ada stiker P lagi pula tu) tak nak bagi laluan langsung. Saya okay lagi. Lepas tu kereta kat belakang dia pula pun sama juga. Tak nak bagi laluan. Akibat kedekut punya pasal, last-last kedua kereta tu berlanggar. Saya pun jahat juga. Ketawa dalam kereta. Siapa suruh tak nak bagi laluan. 

Dah out dari 1B, kesesakan msih berlaku. Masalah ni memaksa kami supaya ikut ke jalan Inanam terus ke Lintas. Sana okay pula sebab lampu isyarat berfungsi. Walaupun seluruh Sabah tak ada elektrik, tak bermakna semuanya terus blackout. Ada juga yang okay. Apa-apa pun, 30hb & 1hb adalah disaster! Baik duduk diam kat rumah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!