Isnin, 9 April 2012

Resepi Kit Chai Ping - Minuman Limau Kasturi + Asam Boi


Khasiat minuman ni boleh menyegarkan dan menghilangkan bau badan (limau kasturi). Selain itu ia boleh meningkatkan selera makan. Rasanya masam-masam manis. Kalau di Sabah, minuman ni dipanggil Kit Chai Ping (ping bermaksud sejuk). Nak tau resepinya?

2 biji limau kasturi
1 biji asam boi (masin)
1 sudu teh gula pasir
air
ais

Cara-caranya:

Belah dan perah 2 biji limau kasturi ke dalam gelas.
Masukkan 1 sudu teh gula pasir
Tuangkan air
Masukkan 1 biji asam boi
Tambahkan ais dan kacau