Jumaat, 24 Februari 2012

Shing - Shing


Kucing yang saya paling sayang selama-lamanya adalah Shing-Shing.

Saya bela kucing ni masa saya study dulu. Tempang, kelaparan.... Tiap kali saya lalu kat tepi tangga menuju ke gerai makan, kucing ni asyik minta makanan. Akhirnya saya bagi makanan kucing, ikan goreng dan macam-macam lagi. Tiap hari pun begitu. Oleh kerana kesian sangat, saya bawa dia balik hostel. Budak-budak lain kat dalam hostel tak berapa suka sangat kat kucing sebenarnya kecuali sorang dua saja. Tapi kucing ni lain skit. Dia tak "membuang" merata-rata. Siap tolak pintu tandas lagi untuk buang. Lepas tu tak jahat. Sangat manja! Bila kami duduk bersembang kat lantai, mesti kucing ni baring kat riba salah seorang daripada kami. Kalau saya mandi, Shing-Shing akan tunggu kat depan pintu. Begitu juga kalau kami pulang daripada kelas.

Masa mula-mula saya bawa kucing ni ke hostel, tak lama lepas tu cuti seminggu. Saya putuskan untuk tinggalkan kucing ni dengan harapan dia dapat cari makanan kat tempat lain. Lepas seminggu, kucing ni mengiaw kat depan pintu. Masa tu rasa sedih sangat sebab badan dia dah kurus. Saya pun... apa lagi. Terus la bagi makanan kat dia. Rasa bersalah masa tu sebab saya ingatkan dia boleh survive kat tempat lain.

Saya tinggal ngan kucing ni selama 1 semester. Oleh kerana bilik kami adalah area ground floor, senang la kucing ni keluar masuk sesuka hati. Nasib baik pakcik guard n warden tak perasan apa-apa. Kalau tak, habis la kami.

Oh ya. Kenapa saya namakan dia Shing-Shing? Mula-mula saya panggil Kushing saja. Lama-lama tu jadi Shing-shing pula sebab panggil nama belakang saja. :) Pelik.

Dekat nak cuti semester, saya minta kawan saya yang jaga kucing ni. Sebab.... saya tak dapat bawa balik ke Sabah (perlu kuarantin lagi). Daddy bagi duit RM50 untuk beli sangkar kucing. Jadi.... kawan saya pun bawa la kucing ni ke Pulau Pinang. Seperti biasa, ayah kawan saya tak berapa suka kucing. Tapi kucing ni sangat la adorable, manja dan tak banyak karenah.... tiba2 ayah dia suka kat kucing ni juga. Begitu juga dengan adik-beradik dia yang lain.

Lama-lama tu... kawan-kawan serumah pun suka ngan kucing ni. Itu la Shing-Shing. Hmm... Sempat juga saya berjumpa dengan anak-anak Shing-Shing. (Kawan saya bawa kucing ni balik dari Penang). Tapi masa tu bilik kami dah pindah ke tingkat yang paling atas, jadi susah dah nak pelihara Shing-Shing. Sebab dia suka keluar rumah. Lagipun anak-anak dia semua nakal-nakal. (Tapi comel).

Tiap kali cuti semester saya akan bagi duit poket untuk Shing-Shing. Minta kawan saya belikan makanan dia. Sehingga la masa saya konvo dulu, saya tanya kat kawan saya ni. Masa tu baru la saya tau Shing-Shing dah tiada sebab accident kereta. Sangat sedih masa tu. Saya tau kawan saya tak nak bgtau sebab dia tak nak saya sedih. Apa-apa pun, ini la satu-satunya kucing saya yang sangat comel, bijak dan tak banyak karenah.

I miss u Shing-Shing!