Jumaat, 27 Januari 2012

Kesedihan dalam Hidup - Blog adalah untuk Sesiapa


Fenomena menulis blog sebagai online diary sekarang dah berleluasa. Ada background yang bewarna-warni dan macam-macam lagi. Saya pun tulis blog sebagai hobi masa lapang. Blog saya lebih kepada pengalaman yang dilalui...dan apa pun maklumat yang saya boleh kongsi, saya akan berkongsi. 

Tapi sedih kerana ada juga golongan yang tak suka dengan individu yang menulis blog seperti ini. Maksud saya... ada yang tak berapa berkenan dengan blog yang bersifat personal dan cerita kosong. Pada pendapat saya, saya menulis blog bukan untuk meraih populariti. Ia lebih kepada hobi dan perkongsian maklumat. Siapa nak baca, silakan. Siapa tak suka, jangan baca. Dan blog macam ni lagi bagus daripada blog yang kuat mengutuk orang lain. Kan?


Tak kisah orang nak kata apa, yang penting kita happy dan kita tau apa yang kita lakukan. ^^

P/S - Menulis blog biar berpada-pada ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!