Khamis, 26 Januari 2012

Cara nak Tempah Tiket Feri ke Labuan

Ok. Kalau nak menempah feri Menumbok - Labuan, senang saja. Caranya adalah:

1. Telefon Labuan Ferry Cooperation Sdn. Bhd. (087 831 333 - Cawangan Menumbok) untuk bertanya kekosongan pada tarikh yang dikendaki.

2. Bank in duit ke nombor akaun yang diberikan. Untuk kereta ViVa atau MyVi.... bayaran adalah sebanyak RM94 pulang balik.Sekarang dah ada diskaun. RM80 sahaja. (Kalau terlebih bank in, baki akan dikembalikan semasa di kaunter nanti)

3. Faks resit ke pejabat Labuan Ferry Cooperation ke nombor faks (087 831 300 - Menumbok). Sertakan sekali dengan nama pemandu, nombor telefon, jenis kereta dan tarikh nak booking feri.

4. Jangan lupa follow up balik, manatau apa yang kita faks tu x sampai pula.

5. Dah sampai ke terminal Feri nanti hanya sertakan resit bank yang asal dan yang kita faks bersama details tu.

Thank you. For more info: Labuan Ferry Corporation (source)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!