Jumaat, 27 Januari 2012

Kesedihan dalam Hidup - Blog adalah untuk Sesiapa


Fenomena menulis blog sebagai online diary sekarang dah berleluasa. Ada background yang bewarna-warni dan macam-macam lagi. Saya pun tulis blog sebagai hobi masa lapang. Blog saya lebih kepada pengalaman yang dilalui...dan apa pun maklumat yang saya boleh kongsi, saya akan berkongsi. 

Tapi sedih kerana ada juga golongan yang tak suka dengan individu yang menulis blog seperti ini. Maksud saya... ada yang tak berapa berkenan dengan blog yang bersifat personal dan cerita kosong. Pada pendapat saya, saya menulis blog bukan untuk meraih populariti. Ia lebih kepada hobi dan perkongsian maklumat. Siapa nak baca, silakan. Siapa tak suka, jangan baca. Dan blog macam ni lagi bagus daripada blog yang kuat mengutuk orang lain. Kan?


Tak kisah orang nak kata apa, yang penting kita happy dan kita tau apa yang kita lakukan. ^^

P/S - Menulis blog biar berpada-pada ^^

Khamis, 26 Januari 2012

Cara nak Tempah Tiket Feri ke Labuan

Ok. Kalau nak menempah feri Menumbok - Labuan, senang saja. Caranya adalah:

1. Telefon Labuan Ferry Cooperation Sdn. Bhd. (087 831 333 - Cawangan Menumbok) untuk bertanya kekosongan pada tarikh yang dikendaki.

2. Bank in duit ke nombor akaun yang diberikan. Untuk kereta ViVa atau MyVi.... bayaran adalah sebanyak RM94 pulang balik.Sekarang dah ada diskaun. RM80 sahaja. (Kalau terlebih bank in, baki akan dikembalikan semasa di kaunter nanti)

3. Faks resit ke pejabat Labuan Ferry Cooperation ke nombor faks (087 831 300 - Menumbok). Sertakan sekali dengan nama pemandu, nombor telefon, jenis kereta dan tarikh nak booking feri.

4. Jangan lupa follow up balik, manatau apa yang kita faks tu x sampai pula.

5. Dah sampai ke terminal Feri nanti hanya sertakan resit bank yang asal dan yang kita faks bersama details tu.

Thank you. For more info: Labuan Ferry Corporation (source)




Rabu, 18 Januari 2012

Anatomy Drawing - Human Skeleton

Lama tak melukis mengikut bayangan yang berada didalam kepala otak ni. Kali ni terasa nak buat tengkorak manusia pula. Saja membuang masa dekat-dekat nak abis kerja dah.

(Kepala penat membuat ilustrasi..... -_-)

Masih banyak kelemahan. Harap berikan tunjuk ajar!

Rabu, 4 Januari 2012

Merlin - Si Tukang Sihir

Nak tengok Merlin online? Sila layari ke www.tv-links.eu/

Merlin ni sebenarnya bukan mitos tapi merupakan lagenda yang  di England. Seorang yang terkenal dengan keupayaan menggunakan kuasa sihir dan banyak membantu King Arthur mempertahankan negaranya. Adakah Merlin itu Dajjal? Kalau kita baca banyak sumber melalui Internet dan buku, Merlin mempunyai banyak persamaan dengan Dajjal. Nak tau dengan lebih lanjut, sila layari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10039.0

Lagi satu, saya syorkan kawan-kawan untuk membeli buku "Membongkar Rahsia Dajjal". Buku tu  padat dengan topik mengenai Dajjal, bagaimana ia menipu umat manusia, apa kaitan Piramid, kaum Maya, Stonehenge, pengaruh Dajjal melalui super hero dalam filem dan lain-lain lagi.

P/S - Saya amat menyukai watak Morgana dan Merlin! ^^

Ahad, 1 Januari 2012

Sunset at Lokkawi


Ramainya orang jual durian! Maklum la musim durian.

Ok, saya dan abang saya singgah kat tepi laut sekitar Lok Kawi untuk mengambil beberapa keping gambar sunset. Kami nak berlawan gambar siapa lebih cantik. Gambar-gambar diambil sekitar jam 6 lebih. Bila kat tepi laut, hati rasa tenang. Bunyi ombak, pemandangan yang cantik.... Rasa macam esok nak pergi lagi. Lagipun tempat tu dekat saja daripada rumah. 5 minit dah sampai. Ok. Enjoy dengan shot menarik sunset dari saya.