Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012

31hb Disember 2012....

Banyak kenangan yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Ada suka dan duka. Bagi sesetengah orang... pasti tahun 2012 adalah tahun yang tak dapat dilupakan kerana banyak kenangan manis yang telah di ukirkan. Bagi saya pula, tahun 2012 adalah tahun yang penuh cabaran dan kejutan.

Dalam tahun ni saja, ramai kakitangan Sekolah Perubatan yang dah berkahwin. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu! Saya juga telah berpindah dari SPU ke Jabatan Canselori. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, pemandangan luar tingkap yang baru dan environment kerja yang berlainan. Dalam aspek kehidupan, saya banyak belajar perkara yang berbeza. Namun begitu, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dan saya akan sedaya upaya push diri saya supaya maju ke hadapan. Sila berikan tunjuk ajar!

Saya mengharapkan bahawa tahun 2013 akan membawa banyak kebaikan, keberkatan dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita.. Semoga azam kalian dapat dilaksanakan dengan baik. Insya Allah.... Amin... 

Tahun 2012 akan sentiasa dirindui... Apa kata kita tengok apa yang bakal terjadi pada tahun 2013....

Ahad, 30 Disember 2012

Antara Perkara yang paling Bikin Down.... - IGNORE

Apabila seseorang dah tak mempedulikan kita atau ignore kita.... kita akan rasa disisihkan. Masa tu kita rasa down, rasa tak penting la apa la... Kita juga akan terfikir macam-macam benda negatif seperti - risau apa-apa terjadi kat orang tu, kenapa dia buat macam tu ngan kita dan lain-lain lagi. Seriously saya pun kurang berkenan kalau orang ignore saya :-) 

Keburukan ignore orang lain boleh menyebabkan:
  1. Rasa tersisih dan seperti tidak penting dalam hidupnya
  2. Menyakitkan hati 
  3. Rasa kita ni macam bercakap ngan tunggul kayu pun ada
  4. Rasa nak tampar orang tu. Hahahaha.
  5. Rasa macam kita nak buat balik kat dia benda yang sama. (Jahat)
  6. Kalau yang buat tu adalah kekasih kita, mesti kita fikir dia ada skandal ngan orang lain. 
  7. Menyebabkan kemurungan
  8. Fikiran tak tenteram
  9. Timbul perasaan benci
  10. Kita rasa macam ni tak nak la berkawan ngan orang jenis macam ni lagi. 
Perasaan manusia ni tak ada siapa yang tahu. Kita sentiasa tersenyum pun, kita tak tau apa yang ada di dalam hatinya. Perasaan orang kita kena jaga. Tapi yang tak bestnya.... bila kita jaga perasaan orang tu.... orang tu tak jaga hati kita dengan baik. Kadang-kadang benda macam ni adalah punca retaknya perhubungan. 

Kesimpulannya.... jangan ignore kawan-kawan kita, pasangan kita dan keluarga kita. Tak baik! Nanti kalau kita dah tak dipedulikan, masa tu baru kita tau erti menyesal. 

Antara quotes yang paling best:

"I hate the fact that you ignore me for so long, then you start talking to me like nothing happened"
- Unknown quotes

"If you ignore me, I won't wait around. I won't bug you, I just won't talk to you, simple as that. Sure it's going to be hard, but it won't hurt as much as being ignored. I deserve better than that. I'll move on and find someone who actually cares about me, because obviously you don't. If you continually treat me like crap what reason do I have to stay?"
- Unknown quotes

P/S - Apa-apa pun... sentiasa bersabar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Peace ^^

Cara Mengatasi Orang yang Jahat kat Kita

Memang tension kalau ada orang di sekeliling kita yang tak pernah puas hati kat kita, dengki, suka jaga tepi kain dan tuduh kita macam-macam. 

Kita dah sabar sesabar-sabarnya tapi mulut orang tetap tak pandai tutup... malah makin menjadi. Lepas tu, orang tu cerita pulak kat kawan-kawan dia dan kawan-kawan dia pun cerita kat orang lain dan seterusnya. Kita ada pelbagai cara untuk mengatasi benda-benda macam ni. Jom kita baca satu-persatu


  1. Ignore saja. Nanti pandai la mereka diam tu kalau mulut dah penat
  2. Sentiasa berdoa agar mereka ditunjukkan jalan yang lurus dan sudah-sudah la tu mengata orang. Tak baik tau....
  3. Kita sibukkan diri kita dengan aktiviti lain seperti melakukan tugasan, bersenam, tengok TV, beriadah, dengar lagu dan macam-macam lagi. Sure kita tak ada masa nak ingat benda-benda macam ni. 
  4. Kalau dia tiba-tiba SMS kita dan tuduh itu ini, tak apa.... Kita balas balik dengan perkataan baik-baik. 
  5. Sentiasa berfikiran positif. Anggap semua ni cabaran hidup. Tanpa cabaran, kita takkan maju ke hadapan.
  6. Sabar itu separuh daripada iman. Sentiasa bersabar...................
  7. Kalau dia jahat kat kita.... kita jangan jahat kat dia balik. Kita layan dia baik-baik dan sedia membantu dalam segala aspek. Mesti dia malu.
  8. Jika perbuatan jahat dia tu melarat, adalah lebih baik kita bersemuka kat dia dan bawa berbincang. Tak payah gaduh-gaduh. Tak baik.....
  9. Jaga tingkah laku kita sendiri agar orang tak ada cara nak kenakan kita. Memang mulut orang kita tak mampu tutup. Tapi selagi kita berbuat baik.... Tuhan akan melindungi kita. Yang benci kat kita memang sah orang yang jealous. Dia nak jadi macam kita juga. Apa boleh buat, kalau dah jealous tu... sentiasa akan jealous. Nak jadi macam kita, dia tak dapat. Jadi, dia nak kenakan kita. Apa-apa pun... yang pastinya dia telah menunjukkan kobodohan dirinya sendiri.

"I can't really change my life to accommodate people who are jealous. I don't see why I should"
- Sting -

Reunion dengan ex-SK Tansau

Thank you to kawan-kawan kerana berjaya mengaturkan pertemuan ini semalam. Walaupun ada sedikit "malang".... tapi last-last kita sempat juga lepak kat Full House Suria Sabah dan berkaraoke di Centre Point sampai larut malam.

Kenapa "malang"? Macam ni.... mula-mula kami cadang nak lepak ka Grace Point. Tetapi ramai orang dan keadaan tak berapa selesa. Lepas tu cadang nak pergi ke Medan Selera- Tanjung Aru 2. Tengok-tengok.... gelap pula (TUTUP). Akhirnya..... kami pergi ke Suria Sabah. Nak pergi karaoke tapi mahal sangat. RM32 untuk satu kepala. Tak berbaloi. Akhirnya kami ke Full House.

Banyak cerita-cerita yang kami bualkan semalam. Seronok juga la mengikuti perkembangan kawan-kawan yang lain. Dah lama tak jumpa tapi rasa macam mesra sangat. Apa tak.... kan dah lama kenal. Jadi tak ada rasa janggal langsung. 

Antara ex-Tansau yang hadir adalah saya, Ija, Sue (and tunang), Ridwan, Papai. Lain-lain tak dapat hadie sebab ada program lain. Sempat juga terjumpa ngan Ira sebab kebetulan dia kerja kat Full House.

Ok! Nanti kalau ada masa, lepak la sama-sama lagi. In Sha Allah.....

P/S - Tak ada gambar sebab masa ni saya tak pakai tudung lagi ^^. Mohon maaf.

Jumaat, 28 Disember 2012

My Darling Patimah dah Kahwin! Congratz!

Akhirnya kawan saya, Patimah dah selamat menjadi isteri orang. Tahniah darling! Kamu dah kahwin dengan jejaka pilihan kamu. Sama cantik sama padan.

Ramai juga geng SPU yang hadir ke majlis perkahwinan tu tapi saya, MyC dan Hammie sampai dulu. Mula-mula mesti la bersalam dengan orang tua kepada pengantin. Lepas tu terus mencari makanan dan makan sambil menikmati persembahan. 

Dah abis makan, naik ke rumah pengantin perempuan untuk "ambil berkat". Hehehe...

Hari tu Patimah pakai baju warna pink. Sangat cantik! Ada juga baju putih untuk acara potong kek tapi masa tu kami dah pulang da.... (Lepak kat 1Borneo kejap sambil bercerita sakan).

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Patimah dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu! =)

Majlis bersanding adalah pada 16hb Disember 2012.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

P/S - Gambar terbaharu Patimah bersama suami dan baby. ^^ 
Kredit foto Patimah


Khamis, 27 Disember 2012

Belakang Tabir - Majlis Konvo UMS kali ke 14

Warrgghh!!! Akhirnya saya dilantik sebagai AJK Protokol Konvokesyen UMS.

Pada 20hb - 22hb Oktober 2012, telahpun berlangsungnya majlis konvo. Saya sepatutnya bertugas di bahagian sambutan VVIP tapi saya telah menyelinap masuk ke zon lain pada hari ke-2 iaitu di bahagian tengah dewan Canselor - bahagian pelajar. Hehehe... Sebab kawan-kawan SPU saya semua kat sana. 

Dalam masa yang sama, saya sempat juga berkenalan ngan AJK dari jabatan lain. Paling best dari Bendahari la... Encik Radika dan Encik Yusri. Selamat berkenalan! Best juga la bertugas di waktu konvo tu. Dapat makan sama-sama ngan kawan-kawan, dapat tukar-tukar number phone ngan staff lain etc. Tahun depan konvo lagi. Bila la agaknya turn saya naik ke pentas. Teringin jugak! =(

Kalau ada konvo... mesti ada Tamu Gadang. Kali ni rasa seronok pula sebab boleh minum air Lo Han Guo. Memang marvellous! Masa penutupan tamu, saya pergi juga sebab dah janji ngan Yusri. Ada persembahan daripada Adira, Stacy dan lain-lain. 

Ni la antara gambar-gambar konvo yang saya ada. Enjoy!

AJK Protokol menggila (konon tengok UFO)



Foto kredit to FB MyC. 

Selasa, 25 Disember 2012

Ada Hantu di Canselori?

Ramai yang kata Universiti Malaysia Sabah ni tempatnya agak “keras”. Antara salah satu tempat tu adalah di bangunan Canselori. Ye ke?


Ada beberapa orang kakitangan cerita kat saya tentang kejadian-kejadian aneh yang telah berlaku. Saya dengan super excitednya mendengar cerita mereka. Saya ni selalu pulang lewat untuk menyiapkan kerja-kerja (sambil melepak di dalam pejabat).

Ada juga yang pernah tegur saya jangan selalu balik lewat tapi saya tak endah sangat. Datuk VC pun pernah nasihatkan saya juga jangan pulang melebihi jam 10 malam. Sehingga pada suatu hari tu, saya dan kawan saya lepak kat dalam office buat kerja sambil bercerita sakan. Waktu tu rasanya baru dalam jam 7.40PM kot. Tiba—tiba saya terdengar bunyi orang berlari di atas ceiling. Sangat kuat. Saya sangka tikus. Tapi fikir-fikir balik…. Takkan tikus berlari sekuat itu. Masa tu buat tak peduli saja. (Tapi dalam hati....)

Makin lama makin ramai pula yang bercerita kat area Canselori ni “keras”. Ada yang terlanggar makhluk budak kat bawah meja la, ada yang terserempak "benda" rambut panjang dan macam-macam lagi la. Sehingga pada suatu malam, saya bersendirian tengah buat kerja. Masa tu tak ingat jam berapa tapi rasanya dekat-dekat jam 8.

Saya dengar bunyi orang nak buka pintu kaca utama tu. Ingatkan kawan saya yang datang tapi tengok-tengok tak ada apa pula. Lepas tu bunyi tu berpindah ke bilik setiausaha pula. Saya okay lagi….. sehinggakan saya terdengar bunyi tapak kaki orang tengah berjalan di atas karpet. Agak seram tapi saya buat tak peduli sangat. Tapi last-last tu saya blah juga sebab rasa lain macam.

Ntah betul atau hanya imaginasi saya.... saya pun tak tau. Apa-apa pun, percaya kepada Allah S.W.T

Ahad, 11 November 2012

Beauty of ODEC

Siapa kata ODEC di UMS tak cantik?

Kawan saya bawa saya ke ODEC untuk tengok sunset. Tak jauh dari pejabat pun. Turun lif.... naik kereta tak sampai 5 minit. Akhirnya sempat juga tengok matahari tu blah. (Thank you untuk wafel yang manis dan sedap + milky tea yang nyam nyam nyam!)

Duduk cerita sambil tengok laut.... tengok matahari yang cantik.... hidu bau laut yang segar... sambil makan snek. Memang best. Lepas tu balik office sambung kerja. ^^ Simple life.

Stars Archery di 1Borneo- 1st time ni

Selalu saya lalu lalang depan Stars Archery tu tapi tak pernah masuk pun. Tiba-tiba suatu hari tu kawan bawa masuk dalam tu sebab ada kupon diskaun. (50%) Saya dengan penuh excited pun masuk juga la.

Mula-mula memang tak pandai. Tapi instructor tu ajar. Lepas tu terus pandai la pula. (Rasa macam dalam wayang Hunger Games). Seronok! Walaupun kita berdiri ja di platform tu, tapi berpeluh juga la masa tu. Ada juga yang tersasar sikit tapi lama-lama tu makin okay. Ingat petua tarik nafas... tahan dan terus memanah. Setakat ni ada juga beberapa panah yang terkena tepat di sasaran kuning (centre) dan ada yang sampai berlapis-lapis pula (cerita Robin Hood).

Stars Archery ada banyak cawangan dan kalau kat Kota Kinabalu, ia berada di 1Borneo Hypermall. Jom datang beramai-ramai! Klik sini kalau nak tengok gambar-gambar terbaik orang-orang yang pernah masuk Stars Archery.


Selasa, 7 Ogos 2012

Family Day di Kundasang?

Walaupun dengar khabar saya akan berpindah ke jabatan lain, tapi saya tak akan lupakan SPU. 

Pada 3hb Ogos yang lalu, kami selaku sekretariat Family Day SPU pergi ke Kundasang untuk tengok mana tempat yang sesuai untuk kami mengadakan event tu nanti. Yang pergi hari tu adalah AP Dr Naing Oo Tha, Pakcik Kardi, DD, Acai dan saya sendiri. Perjalanan tak ada la lama sangat. Mungkin dalam 1 jam 45minit dah sampai.

Mula-mula kami tengok kat Sabah Tea Garden. Tempat tu menarik sebab luas, ada rumah panjang dan berdekatan dengan Kampung Luanti. Kalau nak stay kat rumah panjang tu rasanya tak mahal. Dalam RM120 semalam. Kalau nak yang mewah sikit, boleh stay kat cottage, RM240 semalam. Sila layari Sabah Tea untuk maklumat lanjut.

Lepas tu kami pergi pula kat Kinabalu Pine Resort. Pemandangannya cantik sebab dekat dengan Gunung Kinabalu dan sejuk pula tu. Sewa bilik hotel adalah dalam RM210+ semalam. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web Kinabalu Pine Resort 

Tapi kalau nak murah lagi, tinggal kat homestay pun okay. Kat Kundasang ada banyak homestay. Sebelah Kinabalu Pine Resort tu pun ada. Rate adalah RM70, RM80, RM90 semalam.

Mesti seronok sebab buat Family Day tahun ni kat Kundasang. Tahun-tahun yang sebelumnya pernah buat kat Tambunan, Tenom, Karambunai dan yang paling dekat di ODEC, UMS. 

Sebelum pulang, sempat juga singgah membeli bunga dan sayur-sayuran kat pasar berdekatan. Harga amat berpatutan, terutama bunga. Saya beli pokok Poinsettia (RM13), kaktus (RM3) dan pokok strawberi (RM12).

Isnin, 30 Julai 2012

Resepi Kuih Onde-Onde a.k.a kuih Buah Melaka

Okay. Berikut adalah resepi kuih Onde-onde untuk sekali hidangan sahaja. Kalau nak tambah bilangan hidangan, sila tambah kuantiti bahan-bahannya ya.

Bahan-bahan:

- 7 sudu makan (penuh) tepung pulut
- 1 sudu makan (penuh) serbuk santan
- pewarna hijau
- Secubit garam
- Sedikit air
- Kelapa parut
- Gula melaka

Cara-caranya:

INTI ONDE_ONDE

Hiriskan gula melaka nipis2. Tujuannya supaya ia senang dimasukkan kedalam doh dan cair ketika dimasak. (Tak mau gula berketul-ketul kat dalam ketika dah masak nanti)



DOH ONDE-ONDE

- Bancuh sedikit air + secubit garam dan curah ke dalam tepung pulut.
- Masukkan serbuk santan.
-Gaul sehingga menjadi doh. (Liat macam plasticine
- Tuang beberapa titik pewarna hijau dan gaulkan sehingga sebati.

*Kalau nak kuih lebih wangi, tuangkan air daun pandan



MEMASAK ONDE-ONDE

-Didihkan air di dalam kuali terlebih dahulu.
- Bulatkan doh. Lubangkan bahagian tengah dan dimasukkan gula melaka. Kemudian bulatkan kembali doh sehingga tertutup inti.
-Masukkan terus doh ke dalam air yang mendidih.
-Tunggu sehingga doh terapung, toskan dan uli ke dalam kelapa parut.
-Onde onde siap dihidangkan

Belakang Tabir - International Neuroscience Symposium 2012

Walaupun kami ni nampak profesional kat depan orang ramai, tapi kami juga manusia biasa dan memerlukan sedikit humor untuk relaxkan kepala otak yang sedang bergeliga. 

Sedang speaker menyampaikan pembentangan mereka, kami dengan sukahati "bertapuk" (bersembunyi) di belakang kerusi auditorium. Apa kami buat? Bercerita, posing, tidur (kat bilik kawalan). 

Tapi kami masih lagi melakukan tugas-tugas protokol kami okay. Gila pun gila juga, kerja pun kerja juga. Apabila tiba masa bertugas, dengan serta merta kami pun stop dulu aktiviti gila kat belakang tabir tu.





International Neuroscience Symposium 2012 - School of Medicine : Amazing

Walaupun masa bulan puasa ni, kami semua masih lagi menjalankan tugas masing-masing. Sekolah Perubatan dengan sukacitanya mengadakan International Neuroscience Symposium 2012 pada 23-25hb Julai 2012, bertempat di Auditorium Utama, Sekolah Perubatan.

Master of ceremony  adalah Yna, Fendy dan Nizam. Seronok kan? Sebab ada 3 orang.... Para penceramah jemputan datangnya daripada Jepun, Australia dan Malaysia sendiri. Pada hari ke-3 simposium adalah lawatan ke Kundasang, Sabah. Tapi masa tu saya tak dapat join sebab ada kerja lain yang perlu dilakukan.

Memang diakui kami semua amat penat sebab bulan tu tak ada stop buat kerja dari Isnin sampai Ahad. Memang tak ada cuti langsung. Bermula daripada minggu sukan, minggu Outward Bound Sabah dan seterusnya minggu simposium. Walaubagaimanapun, sangat seronok!

Yang lebih seronok adalah, kami 3 orang ni juga adalah Liaison Officer untuk simposium ni. Jadi ceritanya,  tentulah kami ke lapangan terbang pergi jemput penceramah dan menjawab segala soalan yang ditanya (contohnya.... Interesting places, islands, foods etc). 

Apa-apa pun, tahniah kepada AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan simposium ini! Tanpa kita semua, tak ada kerjasama. Tak ada kerjasama, tak ada simposium. Good job!






Buku Death Note Saya

Dah lama saya nak buku Death Note. Dan saya pernah cuba buat sendiri dengan membeli buku nota berkulit keras, lepas tu balut dengan kertas hitam dan tulis perkataan "Death Note" dengan liquid paper. Kreatif la sangat....

Akhirnya.... suatu hari tu saya ke kedai 100¥. Cadang nak tengok-tengok apa benda yang best dijual kat sana. Lagipun, kalau beli barangan kat sana melebihi RM30, anda layak mengikuti peraduan cabutan bertuah. (Dapat tiket ke Jakarta).... Tengok punya tengok, tiba-tiba ada jual buku Death Note. Buku tu sama macam yang real punya (dalam dan luar). Siap ada instruction cara untuk guna lagi tu. Saya pun sangat teruja waktu tu dan terus beli la. 

Sesiapa yang berminat nak beli buku Death Note, sila ke kedai 100¥ di Plaza Putatan, Sabah. Harga RM7.90. Kalau tak, anda juga boleh ke Suria Sabah. Saya tak ingat la apa nama kedai dia tapi kedai tu jual segala macam action figure anime. Ada juga jual tongkat sakti Harry Potter, barangan Naruto, Final fantasy dan macam-macam lagi.

Rabu, 18 Julai 2012

Sushi King Sushi Bonanza

Lama tak makan sushi. Tiba-tiba Sushi King ada buat sushi bonanza. Sushi hanya beharga RM2 sepinggan. Jadi kami pun menyerbu restoran tu.

Seronok rasanya apabila melihat sushi yang comel tengah bergerak seperti eskeletor, menunggu untuk dimakan oleh pelanggan. Paling sedap bagi saya adalah sushi dengan baby octopus, sushi dengan dengan obor-obor, dan sushi dengan belut.

Oh ya. Masa kami makan kat sana, kami dah plan nak ambil sushi yang ditabur dengan daun hijau yang dicincang halus sebab yang tu kira rare. Baru nak amik, orang yang kat meja sebelah sana tu dah ambil dulu. Macam tau-tau saja kami nak ambil. Seterusnya kami nak amik sushi belut. Tapi orang tu dah ambil dulu. Geram betul!!. Last-last kami minta sendiri kat chef tu. Senang cerita. Huh! 

Total semuanya adalah RM43 sebab kawan saya ada member card, jadi ada diskaun la. (Harga termasuk servis dan tax).


Isnin, 9 Julai 2012

The Loaf.... I Love!

Mmmmm!! Sedapnya roti kat kedai the Loaf. Rasanya yang lembut dan enak membuatkan saya nak ambil satu lagi la. Siapa tak try lagi, try la. 

kedai roti The Loaf bermula daripada Langkawi dan telah berkembang di beberapa tempat. Selain daripada roti, menu lain juga ada seperti sandwich, sup, pasta dan lain-lain. Oh ya! Kedai ni adalah milik Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia. Jom la serbu beramai-ramai. Rugi tau tak rasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke website The Loaf


Tuah Mata Kail, Menang Acara Memancing di Sukan Karnival SPU 2012

Arggghhh!!! Tak jumpa gambar tengah memancing masa acara Sukan Karnival SPU 2012. 

Sebenarnya ikan-ikan yang saya dapat tu tak ada la besar sangat. Kecil saja. Tapi sangat bernasib baik kerana ada para peserta yang langsung tak dapat ikan. Tak tau la kenapa. Ikan tengah kenyang kot. Sebenarnya acara memancing ni adalah acara berpasukan. Kumpulan kami adalah kumpulan Titans. Dan yang menyebabkan kami dapat juara bahagian memancing adalah kak Mary (staff kat SPU - kumpulan Titans jugak), kerana ikan yang dikail adalah besar (kerapu lagi tu). Maka dengan secara automatiknya saya pun turut menjuarai kategori tersebut bersama seorang lagi peserta.

Kesemua ikan kerapu yang saya berjaya kail tu telah dibedal oleh kekucing yang berada di rumah. 

Sebenarnya banyak acara yang telah berlangsung seperti sukan permainan Dart, Scrabble, Futsal, Walkaton, Pool dan lain-lain lagi. Tahun ini saya merupakan kordinator induk untuk Dart dan kordinator kumpulan untuk Scrabble & Dart.



Rabu, 20 Jun 2012

Klinik Veterinar di Kota Kinabalu

Berikut adalah senarai klinik haiwan di area Kota Kinabalu:


1. JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN DAN PERUSAHAAN TERNAK  (Dept. of Veterinary Services & Agricultural Industry)

Alamat:
Berhadapan ibu pejabat Polis (PDRM), Kepayan.

Tel: 088 251 233 / 251 235

Laman web:
http://vet.sabah.gov.my/index.php?q=welcome

Maklumat lain:
  • Waktu operasi - Office hour (ISNIN - KHAMIS : 8.00AM - 12.30PM & 2.00PM - 5.00PM. JUMAAT : 8.00AM - 11.30AM & 2.00PM - 5.00PM). Sabtu, Ahad dan cuti umum TUTUP
  • Cas perkhidmatan : Vaksin kucing RM21. Ubat cacing RM1 untuk sebiji. Kalau nak kembiri haiwan, kena booking dulu untuk tempoh 2-3 bulan. Untuk rawatan biasa, selalunya kalau saya tak pernah lebih RM50. Paling-paling pun RM25 untuk seekor kucing.
  • Ada penyakit yang memerlukan rawatan specialist. Jadi haiwan kesayangan kena dihantar ke klinik swasta juga. Sebab hari tu saya nampak kucing orang tu tak dapat kencing beberapa hari. Then doktor nasihatkan kucing tu dihantar ke specialist.
  • Kalau anda rasa kucing anda memerlukan rawatan yang special... better send to private terus.



2. DR HADY VETERINARY CLINIC

Alamat:
Block B, Lot No 17-0,
Riverside Plaza, KK Land
Kingfisher Park
88450 Kota Kinabalu, Sabah

Email:
drhady2007@yahoo.com

Telefon:
010 766 3861

Maklumat lain:
  • Lokasi terletak bersebelahan Poliklinik Permai, King Fisher.
  • Mempunyai pet hotel service. RM10 semalam (tanpa makanan & pasir - pelanggan bawa sendiri)
  • Waktu operasi adalah ISNIN - SABTU: 9.00AM - 5.00PM, AHAD tutup. 
  • Cas perkhidmatan : Vaksin RM30. Multivitamin RM10, antibiotik RM10 dan lain-lain lagi. Untuk rawatan biasa kucing selalunya saya bayar dalam RM50 untuk seekor kucing.



3. SABAH ANIMAL MEDICAL CENTRE

Alamat:
No. 4, Ground Floor, Lrg Angsa 1,
Taman Fu Yen Fasa 3,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel:
088 253 481
019 861 8348

Facebook:
SAMC


Ada satu cawangan lagi di Kolombong dekat Tapak Futsal. Tapi tak buka sampai malam seperti di cawangan lama. Layari Facebook SAMC Kolombong


Maklumat lain:
  • Masa beroperasi ISNIN - AHAD termasuk PUBLIC HOLIDAY. Isnin - Jumaat (8.00AM - 11.00PM). Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8.00AM - 10.00PM). *Updated 11 April 2015.
  • Terletak berdekatan dengan Petronas. Betul-betul kat sebelah Petronas tu saja.
  • Hari tu kucing demam kena cas RM60 sebab masukkan air, vitamin, antibiotik dan bla bla bla. Dan kucing tu sihat sepenuhnya.
  • Ada extra cas. Kalau Isnin sampai Jumaat... after jam 5PM dah ada extra cas RM50. Kalau hari cuti... after jam 12PM extra cas RM50. 
  • Boleh juga buat panggilan untuk kes emergency (tetapi ada extra cas ikut masa panggilan. Contohnya kalau jam 2AM... extra cas lain amount).




4. SKINNER VETERINARY CLINIC

Alamat:
Ground Floor, Fu Yen, Jalan Tuaran, Batu 1 1/2, Sunny Garden (Across Razz-ma-tazz)

Tel: 088-257 275

Facebook:
Skinner Veterinary Clinic


Maklumat lain:




  • Based on review, pelanggan amat berpuas hati dengan klinik ini. 




5. COMPANION ANIMAL CLINIC

Alamat:
Lintas Jaya Uptownship (Depan Open University)

Facebook:
Companion Animal Clinic

Tel: 088 728 991, 019-832 3215



6. BORNEO VETERINARY CENTRE SDN. BHD

Alamat:
B, G23 & G24, Jalan Undan, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088 423 032
Fax : 088 423 032
Email : borneovet@yahoo.com



7. METROPHARM VETERINARY SDN. BHD

Alamat :
92, Ground Floor, Lorong Durian 5, Kian Yapp Industries, Inanam, 88450, Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-433 787



8. KLINIK VET SUNNY GARDEN

Alamat : Lorong Rembia, Kota Kinabalu, Sabah

Facebook:
Klinik Vet Sunny Garden



9. KLINIK HAIWAN DAN SURGERI TUARAN

Alamat : Berungis Commercial Centre, Lot 14, Unit 14-0, Tuaran
(Roundbout utama yang either mau ke Tamparuli atau Tuaran tu.... sebelah kiri ada blok kedai 99 Mart dan lain-lain... klinik terletak di belakang blok kedai tu)

Tel : 088-785 389

E-mail:
klinikhaiwantuaran@gmail.com

Maklumat lain:

  • Masa operasi SETIAP HARI termasuk Sabtu dan Ahad dari jam 0800AM-0500PM. PUBLIC HOLIDAY tutup kecuali kalau by appointment



Okeh kalau sesiapa yang berminat mau join SPCA Sabah, jadi sukarelawan untuk bantu binatang terbiar ini.... jom masuk link SPCA.

Link facebook untuk peminat kucing di Sabah:
Borneo Catlover Community
Cats for Adoption (Borneo) - Closed group tapi boleh join request kalau nak.

Nak beli kucing atau pet hotel, boleh klik link ini:
  1. Wonder Catz
  2. Paragon Pets
  3. Doggie Paradise
  4. Klinik Dr. Hady di King Fisher, Kota Kinabalu. (Sebelah Poliklinik Permai)
  5. Pets Wonderland
  6. D'Pet Haven
  7. Jadesa Petworld


Jom tengok link saya Info Mengenai Kucing

Updated:
Senarai Pet Shop di Kota Kinabalu, Sabah dan W.P Labuan. Jom tengok!

1. Putatan PetShop (Lot 3A, Ground Floor, Block E, Putatan Platinum Plaza, Kota Kinabalu. Tel : 088 734 055 (office), 016-8399 366

2. Aqyssh Labuan Petshop, Tingkat 1, Ujana Kewangan, W.P Labuan

3. Kingfisher Pet House, Taman Kingfisher Phase 2, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088 420 299

4. Paragon Pets (ada beberapa cawangan)

5. Iramanis Pets House (Ground Floor, DBKK Shop No. 1-0, Lot 5, Block B, Iramanis Centre, Jalan Lintas, Kota Kinabalu)

6. JJ Pet Shop. (Encik Simon Ng - 0128380123, emel : jjpetshop2015@gmail.com, faks : 088 393 698) Address Lot 47, Ground Floor, Lorong Universiti, University Plaza, Jalan Sulaman, 89200 Kota Kinabalu. Buka setiap hari. I recommend this shop sebab harga manyak murah. + boleh dapat diskaun. (Sekarang ada buka cawangan baharu di Putatan tak jauh dari Servey)

7. SAMC PetShop. Terletak bersebelahan dengan SAMC di Damai.

8. Pet Paradise. Terletak di Kolombong, tak jauh dari SAMC Kolombong. Bersebelahan juga ada kedai akuarium. Boleh dapat diskaun 5% melalui membership.

9. The PetShop jalan Bundusan.

10. MN Cat Station

11. Dogs & Cats, 88 Market Place

12. Calico Cats House di Putatan Jaya

13. Menggatal Pet Centre. Address : Lot 89, H-0-8, Menggatal Plaza, Phase 2, Taman Permai, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. (Sebelah dengan CKS Menggatal yang besar tu). Tel : 088 402 395 / 016 848 0222 (Mr. Chong Rui Kent). Faks : 088 402 396. Masa operasi : Monday 1100AM-0700PM, Tuesday - Saturday 0930AM - 0700PM, Sunday 0930AM - 0500PM


P/S - Semua maklumat yang diperolehi adalah dari Internet. Saya kumpulkan sahaja maklumat tersebut. Sama ada senarai tersebut masih aktif atau tidak adalah diluar pengetahuan saya.

Updated : 27/2/2017

P/S lagi - For those yang layan customer with such rude manner, I won't advertise for them. Sorry ya.

Isnin, 18 Jun 2012

UK Funfair, Alam Mesra

Akhirnya saya dapat juga ke UK Funfair, Alam Mesra bersama dorang MyC dan Hammie. Ingatkan funfair ni mau tutup dah tapi rupanya di extend lagi sampai 1 Julai 2012. Jadi best la ni kiranya.

- Bayaran masuk RM2
- 1 token pula RM2. Setiap permainan ada yang guna 2 token  / 3 token.

Jadi kami pun memulakan game. Mula-mula sekali kami main Pusing Payung (pandai-pandai jak bagi nama). Best juga la sebab tinggi dan nampak pemandangan sekitar Alam Mesra. Hammie & MyC tengah menunggu untuk payung berpusing. Ada budak di belakang tu nangis sebab payung tak pandai berpusing dari tadi. Rating ⋆⋆⋆


Lepas selesai saja main payung, kami terus pergi main Putaran Sotong pula. Mula-mula tiada orang, lepas kami naik... terus ramai orang lain berpusu-pusu untuk naik juga. Bagi saya, ini la yang paling best setakat ni. Sotong tu berpusing, lepas tu kami pun ikut berpusing juga. Terus rasa melayang badan. Rating ⋆⋆⋆⋆⋆


Oleh kerana Hammie gayat, jadi saya dan MyC pun teruskan dengan permainan Paris Wheel. Relax sikit. Best juga la. Rating ⋆⋆⋆

Lepas tu pergi main Roller Coster tapi tak best sebab kin sait badan. Rail dia pendek dan besi tu bising betul la. Jadi tak recommend yang tu. Rating ⋆

After Roller Coster, kami singgah ke pernmainan Tacada. Yang ni bahaya sikit. Kalau nak main kena pegang kuat-kuat. Silap-silap boleh terjatuh dari kerusi. Tapi yang uniknya ada orang menari kat tengah-tengah tu. Punya la expert orang tu menari. Kami yang duduk kat tepi ni semua nak terjatuh sebab pusingan terlalu laju. Hahaha! Rating ⋆⋆⋆⋆

Lepas tu kami ke Rumah Hantu. Tak best. Tak nampak apa-apa. Cuma ada benda yang pegang kepala saya saja. Nak sampai pintu keluar, ada patung rambut afro warna oren. Tak best! Rugi. Rating ⋆

Seterusnya tak tau mau main apa lagi. Jadi menghabiskan duit dengan bermain dart. Pas tu blah keluar singgah makan kat Sinario Cafe. Makan sate, mee Tuaran, Roti Bakar Kahwin dan minum Milo sejuk.

Ada banyak lagi permainan yang menanti sehingga 1 Julai 2012 ni bermula dari jam 6-11 malam. Ada permainan Apollo, Kereta Elektrik, Keretapi, Space Gun, Sudden Impact dan lain-lain lagi. Datang la beramai-ramai ke Funfair Alam Mesra!







Isnin, 4 Jun 2012

Moon Through My Telescope

Akhirnya saya beli teleskop F70060. Untuk beginner. Sangat excited untuk tengok bulan. Tapi perlukan kemahiran untuk menggunakan lensa kerana kalau tak adjust betul-betul jadi kabur pula. 

Saya cuba cari kat Internet mengenai teleskop dan terbaca satu forum. Orang tu kata teleskop jenis ni boleh juga tengok planet. Mulanya tak percaya tapi akhirnya dia sendiri berjaya membuktikan bahawa jenis teleskop ni juga boleh tengok planet. Tak la clear sangat tapi figure tu nampak la. Saya pun nak cuba juga.

Okey. Ni antara imej bulan melalui teleskop saya. Gambar asli ada kabur sikit tapi saya dah bagi sharp sikit menggunakan Adobe Photoshop. Thanx to Adobe. Enjoy!



P/S - Teleskop untuk begineer ada dijual di Toys R Us di 1Borneo. Kalau nak teleskop yang berkualiti tinggi, boleh cari di Jesselton Point. Kedai tu menjual peraltan outdoor dan terletak bersebelahan 7 Eleven atau Cock & Bull

Jumaat, 1 Jun 2012

Kumpul Matawang Asing

Matawang dari atas: Filipina, China, Indonesia, Korea, Arab Saudi. Matawang Australia dah tak ada kerana kebetulan kawan saya ke sana, jadi saya minta kirim souvenirs menggunakan duit tu. 

Sebenarnya saya juga berminat mengumpul matawang asing. Walaupun tak banyak sangat, tapi seronok juga kalau tengok matawang yang berbeza-beza ni. Koleksi wang kertas ni saya simpan dalam sarung angpow dan diletakkan dalam dompet saya. Sesiapa yang ada koleksi matawang yang banyak, jom la share. ^^

Jumpa Specialist ENT di Kota Kinabalu

Masalah hidung tersumbat yang saya alami selama 4 tahun pada mulanya amat teruk. Setiap pagi saya akan bersin, hidung gatal, sakit kepala dan susah nak tidur (hidung tersumbat) dan hilang deria rasa. Sangat terseksa. Saya hanya diberikan "nasal spray" untuk mengurangkan simptom.

Saya telah berjumpa dengan pakar Ear, Nose & Throat (ENT) di Poliklinik UMS, King Fisher, Kota Kinabalu, Sabah.

Kepada anda yang mempunyai masalah ENT dan berhasrat untuk mendapatkan rawatan di Poliklinik UMS di King Fisher, ini adalah stepnya (bayaran tertera adalah untuk pesakit warganegara) :

1. Kena jumpa doktor perubatan biasanya terlebih dahulu. 1st time registration / consultation RM20.

2. Next visit (kalau perlu) kena bayar RM5 sahaja.

3. Sekiranya teruk dan ingin buat appointment berjumpa pakar ENT... specialist registration / consultation RM30.

4. Next visit untuk specialist treatment RM10 sahaja.

:: Waktu operasi Poliklinik UMS King Fisher ::

Page ini telah dikemaskini pada 11 Ogos 2015.

Rabu, 2 Mei 2012

Bandaraya Kota Kinabalu yang Sangat Sesak!

Pada 30hb April 2012, berlakunya blackout di seluruh Sabah dan WP Labuan akibat kerosakan main station elektrik di Penampang, Sabah. Ianya berlaku pada kira-kira jam 3.30AM. Tepat jam 6.30AM, saya dah bertolak ke tempat kerja. Dan u-turn kat Putatan punya la sesak. Saya terpaksa buat pusingan kat Lok Kawi pula. Tengok saja u-turn area Petagas, sama juga sesak. Kesesakan ni berlaku akibat tak ada elektrik (lampu isyarat tak berfungsi). Stesen minyak pun semua tutup!

Setelah menuju ke area Sutera Harbour, lampu isyarat masih tak berfungsi. Polis pula buat roadblock. Saya pun hairan juga sedangkan kes BERSIH dah berlalu. Rupanya pasal ada 2 orang banduan dari lokap balai polis Karamunsing berjaya melarikan diri. Sangat bahaya kerana mereka disabitkan kes samun bersenjata dan curi kereta.

Last sekali, sampai juga ke UMS. Tapi nak punch card pun tak dapat kerana sistem down. Sarapan pun tak best sebab panas. Kerja pun tak dapat buat. Nasib baik kami ada emergency plug. Boleh juga saya buka laptop saya dan buat ilustrasi yang tak siap lagi. Elektrik dan okay semula dalam jam 11.40am. Selamat...

Pada keesokan harinya, 1hb Mei 2012 (Selamat Hari Pekerja!), saya dan mum ke 1Borneo nak tengok kain baju kurung kat Kamdar. Tengah best memilih kain, tiba-tiba elektrik tak ada lagi!!! Sangat geram. Dah siap bayar kat kaunter, kami terus ke restoran Apple untuk menikmati makanan dalam gelap (ada lampu emergency saja). Dah kami bayar tiket, kami terus blah dari sana. Tapi sangat traffic jam. Semua orang pun tak nak bagi laluan. ada satu kereta Proton Saga tu (masi ada stiker P lagi pula tu) tak nak bagi laluan langsung. Saya okay lagi. Lepas tu kereta kat belakang dia pula pun sama juga. Tak nak bagi laluan. Akibat kedekut punya pasal, last-last kedua kereta tu berlanggar. Saya pun jahat juga. Ketawa dalam kereta. Siapa suruh tak nak bagi laluan. 

Dah out dari 1B, kesesakan msih berlaku. Masalah ni memaksa kami supaya ikut ke jalan Inanam terus ke Lintas. Sana okay pula sebab lampu isyarat berfungsi. Walaupun seluruh Sabah tak ada elektrik, tak bermakna semuanya terus blackout. Ada juga yang okay. Apa-apa pun, 30hb & 1hb adalah disaster! Baik duduk diam kat rumah. 

Isnin, 9 April 2012

Resepi Kit Chai Ping - Minuman Limau Kasturi + Asam Boi


Khasiat minuman ni boleh menyegarkan dan menghilangkan bau badan (limau kasturi). Selain itu ia boleh meningkatkan selera makan. Rasanya masam-masam manis. Kalau di Sabah, minuman ni dipanggil Kit Chai Ping (ping bermaksud sejuk). Nak tau resepinya?

2 biji limau kasturi
1 biji asam boi (masin)
1 sudu teh gula pasir
air
ais

Cara-caranya:

Belah dan perah 2 biji limau kasturi ke dalam gelas.
Masukkan 1 sudu teh gula pasir
Tuangkan air
Masukkan 1 biji asam boi
Tambahkan ais dan kacau

Sabtu, 10 Mac 2012

Yummy! Fullhouse Lifestyle Store & Cafe di Suria Sabah






Baru-baru ni saya dan adik ke Suria Sabah sebab nak makan kat Fullhouse Lifestyle Store & Cafe. Tempat tu cantik dan orang pun ramai. Dan bestnya, my childhood friend pun kebetulan kerja kat sana. So dia pilih tempat paling exclusive untuk kami. Kat veranda. Siap ada payung lagi. Comel!

Menu pada malam tu, adik makan Wok Sear Chicken Chop. RM16.90. Saya makan Pan Sear Dory Fish RM16.90. Minum.... Iced Korean Citron Tea RM3.90. Adik amik Iced Korean Jujube Tea RM3.90.

Makanan sedap dan tempat pun selesa.

Sesiapa nak shopping baju pun ada juga kat sana. Silakan! ^^
Nak tau lebih lanjut mengenai restoran ni, sila layari ke http://www.fullhousecafe.com.my/

P/S - FullHouse di Suria Sabah dah tutup :-(

Jumaat, 24 Februari 2012

Shing - Shing


Kucing yang saya paling sayang selama-lamanya adalah Shing-Shing.

Saya bela kucing ni masa saya study dulu. Tempang, kelaparan.... Tiap kali saya lalu kat tepi tangga menuju ke gerai makan, kucing ni asyik minta makanan. Akhirnya saya bagi makanan kucing, ikan goreng dan macam-macam lagi. Tiap hari pun begitu. Oleh kerana kesian sangat, saya bawa dia balik hostel. Budak-budak lain kat dalam hostel tak berapa suka sangat kat kucing sebenarnya kecuali sorang dua saja. Tapi kucing ni lain skit. Dia tak "membuang" merata-rata. Siap tolak pintu tandas lagi untuk buang. Lepas tu tak jahat. Sangat manja! Bila kami duduk bersembang kat lantai, mesti kucing ni baring kat riba salah seorang daripada kami. Kalau saya mandi, Shing-Shing akan tunggu kat depan pintu. Begitu juga kalau kami pulang daripada kelas.

Masa mula-mula saya bawa kucing ni ke hostel, tak lama lepas tu cuti seminggu. Saya putuskan untuk tinggalkan kucing ni dengan harapan dia dapat cari makanan kat tempat lain. Lepas seminggu, kucing ni mengiaw kat depan pintu. Masa tu rasa sedih sangat sebab badan dia dah kurus. Saya pun... apa lagi. Terus la bagi makanan kat dia. Rasa bersalah masa tu sebab saya ingatkan dia boleh survive kat tempat lain.

Saya tinggal ngan kucing ni selama 1 semester. Oleh kerana bilik kami adalah area ground floor, senang la kucing ni keluar masuk sesuka hati. Nasib baik pakcik guard n warden tak perasan apa-apa. Kalau tak, habis la kami.

Oh ya. Kenapa saya namakan dia Shing-Shing? Mula-mula saya panggil Kushing saja. Lama-lama tu jadi Shing-shing pula sebab panggil nama belakang saja. :) Pelik.

Dekat nak cuti semester, saya minta kawan saya yang jaga kucing ni. Sebab.... saya tak dapat bawa balik ke Sabah (perlu kuarantin lagi). Daddy bagi duit RM50 untuk beli sangkar kucing. Jadi.... kawan saya pun bawa la kucing ni ke Pulau Pinang. Seperti biasa, ayah kawan saya tak berapa suka kucing. Tapi kucing ni sangat la adorable, manja dan tak banyak karenah.... tiba2 ayah dia suka kat kucing ni juga. Begitu juga dengan adik-beradik dia yang lain.

Lama-lama tu... kawan-kawan serumah pun suka ngan kucing ni. Itu la Shing-Shing. Hmm... Sempat juga saya berjumpa dengan anak-anak Shing-Shing. (Kawan saya bawa kucing ni balik dari Penang). Tapi masa tu bilik kami dah pindah ke tingkat yang paling atas, jadi susah dah nak pelihara Shing-Shing. Sebab dia suka keluar rumah. Lagipun anak-anak dia semua nakal-nakal. (Tapi comel).

Tiap kali cuti semester saya akan bagi duit poket untuk Shing-Shing. Minta kawan saya belikan makanan dia. Sehingga la masa saya konvo dulu, saya tanya kat kawan saya ni. Masa tu baru la saya tau Shing-Shing dah tiada sebab accident kereta. Sangat sedih masa tu. Saya tau kawan saya tak nak bgtau sebab dia tak nak saya sedih. Apa-apa pun, ini la satu-satunya kucing saya yang sangat comel, bijak dan tak banyak karenah.

I miss u Shing-Shing!

Jumaat, 27 Januari 2012

Kesedihan dalam Hidup - Blog adalah untuk Sesiapa


Fenomena menulis blog sebagai online diary sekarang dah berleluasa. Ada background yang bewarna-warni dan macam-macam lagi. Saya pun tulis blog sebagai hobi masa lapang. Blog saya lebih kepada pengalaman yang dilalui...dan apa pun maklumat yang saya boleh kongsi, saya akan berkongsi. 

Tapi sedih kerana ada juga golongan yang tak suka dengan individu yang menulis blog seperti ini. Maksud saya... ada yang tak berapa berkenan dengan blog yang bersifat personal dan cerita kosong. Pada pendapat saya, saya menulis blog bukan untuk meraih populariti. Ia lebih kepada hobi dan perkongsian maklumat. Siapa nak baca, silakan. Siapa tak suka, jangan baca. Dan blog macam ni lagi bagus daripada blog yang kuat mengutuk orang lain. Kan?


Tak kisah orang nak kata apa, yang penting kita happy dan kita tau apa yang kita lakukan. ^^

P/S - Menulis blog biar berpada-pada ^^

Khamis, 26 Januari 2012

Cara nak Tempah Tiket Feri ke Labuan

Ok. Kalau nak menempah feri Menumbok - Labuan, senang saja. Caranya adalah:

1. Telefon Labuan Ferry Cooperation Sdn. Bhd. (087 831 333 - Cawangan Menumbok) untuk bertanya kekosongan pada tarikh yang dikendaki.

2. Bank in duit ke nombor akaun yang diberikan. Untuk kereta ViVa atau MyVi.... bayaran adalah sebanyak RM94 pulang balik.Sekarang dah ada diskaun. RM80 sahaja. (Kalau terlebih bank in, baki akan dikembalikan semasa di kaunter nanti)

3. Faks resit ke pejabat Labuan Ferry Cooperation ke nombor faks (087 831 300 - Menumbok). Sertakan sekali dengan nama pemandu, nombor telefon, jenis kereta dan tarikh nak booking feri.

4. Jangan lupa follow up balik, manatau apa yang kita faks tu x sampai pula.

5. Dah sampai ke terminal Feri nanti hanya sertakan resit bank yang asal dan yang kita faks bersama details tu.

Thank you. For more info: Labuan Ferry Corporation (source)




Rabu, 18 Januari 2012

Anatomy Drawing - Human Skeleton

Lama tak melukis mengikut bayangan yang berada didalam kepala otak ni. Kali ni terasa nak buat tengkorak manusia pula. Saja membuang masa dekat-dekat nak abis kerja dah.

(Kepala penat membuat ilustrasi..... -_-)

Masih banyak kelemahan. Harap berikan tunjuk ajar!

Rabu, 4 Januari 2012

Merlin - Si Tukang Sihir

Nak tengok Merlin online? Sila layari ke www.tv-links.eu/

Merlin ni sebenarnya bukan mitos tapi merupakan lagenda yang  di England. Seorang yang terkenal dengan keupayaan menggunakan kuasa sihir dan banyak membantu King Arthur mempertahankan negaranya. Adakah Merlin itu Dajjal? Kalau kita baca banyak sumber melalui Internet dan buku, Merlin mempunyai banyak persamaan dengan Dajjal. Nak tau dengan lebih lanjut, sila layari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10039.0

Lagi satu, saya syorkan kawan-kawan untuk membeli buku "Membongkar Rahsia Dajjal". Buku tu  padat dengan topik mengenai Dajjal, bagaimana ia menipu umat manusia, apa kaitan Piramid, kaum Maya, Stonehenge, pengaruh Dajjal melalui super hero dalam filem dan lain-lain lagi.

P/S - Saya amat menyukai watak Morgana dan Merlin! ^^

Ahad, 1 Januari 2012

Sunset at Lokkawi


Ramainya orang jual durian! Maklum la musim durian.

Ok, saya dan abang saya singgah kat tepi laut sekitar Lok Kawi untuk mengambil beberapa keping gambar sunset. Kami nak berlawan gambar siapa lebih cantik. Gambar-gambar diambil sekitar jam 6 lebih. Bila kat tepi laut, hati rasa tenang. Bunyi ombak, pemandangan yang cantik.... Rasa macam esok nak pergi lagi. Lagipun tempat tu dekat saja daripada rumah. 5 minit dah sampai. Ok. Enjoy dengan shot menarik sunset dari saya.