Selasa, 15 November 2011

Cendawan Tiram di Tepi Rumah

Mum ada mengikuti kursus penanaman cendawan. Penganjur pun bagi la satu beg benih cendawan untuk setiap peserta kursus. Konon dah tau macam mana nak tanam cendawan, tapi malangnya dah beberapa bulan, tak hidup juga cendawan tu. Last-last mum dah boring dan dipotongnya kecil-kecil beg tu buat baja orkid.

Tiba-tiba..... tumbuh la pula cendawan tu. Ajaib! Best juga tengok coz comel-comel.

Nak bagi petua ni. Kata orang, kalau tanam cendawan, kita tak boleh bising. Nanti cendawan tak tumbuh. Pas tu, jangan bagi orang ramai sangat melawat rumah cendawan. Nanti lepas musim menuai, dah tu dia tak  tumbuh lagi la tu.

Tak tau betul atau tak, tapi yang pastinya cendawan-cendawan saya ni dah jadi kecut esoknya. Bukan sebab dah tua, yang kecil pun tiba-tiba mengecut. Ganjil...Nak cakap kurang air n lembap, bukan juga. o_0 Mungkin betul la petua tu.

P/S - Cendawan adalah fungus dan tak boleh kena air liur (bersifat asid). o_0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!