Khamis, 24 November 2011

3rd ICORM 2011 - Health Transformation in Challenging Economies : My Perspective























Pada 22hb-24hb November 2011, Sekolah Perubatan UMS mengadakan persidangan antarabangsa "3rd International Conference on Rural Medicine (ICORM) 2011" di Le Meridien Hotel Kota Kinabalu. Kali ni temanya adalah "Health Transformation in Challenging Economies".

Ini adalah antara gambar kenangan semasa persidangan berlangsung.  Selama 10 bulan kami bertungkus lumus, akhirnya membuahkan hasil. Nak kata penat memang penat, tapi seronok masa buat kerja tu. Lagipun ini adalah antara satu pengalaman besar kepada kami. Dan mesti la kami akan simpan semua memori masa persidangan ini. Mantan Dekan pun begitu gembira sebab persidangan ini mendapat sambutan, pujian dan sukses. Memang itu la yang kami semua harapkan.

Speaker terdiri Dato', Professor dan Dr. Ada yang hadir daripada Northern Ontario - Canada, India, Brunei, Korea, Myanmar dan juga Malaysia.


Masa hari pertama persidangan, malam tu ada majlis makan malam. So semua orang mesti pakai cantik-cantik sebab YB Datuk Masidi Manjun, Datuk VC, Dekan dan Chairman ICORM hadir dalam majlis tu.

Apa-apa pun, good job! ICORM committee! Kita dah menjayakan persidangan ini!

Adakah 2 tahun akan datang..... 4th ICORM 2013 akan tiba? Kita tunggu dan lihat.

Selasa, 15 November 2011

Cendawan Tiram di Tepi Rumah

Mum ada mengikuti kursus penanaman cendawan. Penganjur pun bagi la satu beg benih cendawan untuk setiap peserta kursus. Konon dah tau macam mana nak tanam cendawan, tapi malangnya dah beberapa bulan, tak hidup juga cendawan tu. Last-last mum dah boring dan dipotongnya kecil-kecil beg tu buat baja orkid.

Tiba-tiba..... tumbuh la pula cendawan tu. Ajaib! Best juga tengok coz comel-comel.

Nak bagi petua ni. Kata orang, kalau tanam cendawan, kita tak boleh bising. Nanti cendawan tak tumbuh. Pas tu, jangan bagi orang ramai sangat melawat rumah cendawan. Nanti lepas musim menuai, dah tu dia tak  tumbuh lagi la tu.

Tak tau betul atau tak, tapi yang pastinya cendawan-cendawan saya ni dah jadi kecut esoknya. Bukan sebab dah tua, yang kecil pun tiba-tiba mengecut. Ganjil...Nak cakap kurang air n lembap, bukan juga. o_0 Mungkin betul la petua tu.

P/S - Cendawan adalah fungus dan tak boleh kena air liur (bersifat asid). o_0