Khamis, 27 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baharu Zira & Along



Jika namanya jodoh, memang lepas tu akan bersama juga ^^

Ok! Selamat pengantin baharu kepada Zira & Along. Antara teman saya masa belajar dulu (Zira, Lea, Zetty, Akie).... Zira kahwin dulu! Yeah! Lepas ni giliran siapa pula ya? Rasanya Zetty kot coz 30hb Oktober dah nak bertunangkan?

Berbalik kepada cerita. Sedikit sebanyak pasal mereka. Zira & Along dah lama kenal. Kalau dulu masa belajar pun saya boleh nampak la mereka berdua ni mesra. Hehehe.... Mereka memang sweet sangat!

Zira ni jenis manja tapi pandai jadi garang juga! Kat dalam kelas dulu kira pelajar yang pandai dan yang paling best, dia jenis supporting. Along pula....dia jenis yang baik dan tak marah-marah. Orangnya low profile. Betul ek Zira?

Mereka selamat diijab kabulkan pada 21hb Oktober 2011. Walaupun saya tak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka (urusan kerja), tapi wish dan hadiah tetap ada. Huhu. Malangnya kenapa hadiah tu tak sampai?! Pos Malaysia mohon beri keterangan.

Ok Zira & Along! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu!

P/S - Gambar credit to Zira