Rabu, 2 Jun 2010

Best Place for Honeymoon, Mesilau







Kalau nak cari tempat romantik ala mountain view di negeri Sabah, jom datang ke Mesilau di Kundasang. Tempat ni sejuk, sunyi dan menenangkan fikiran. Boleh dengar bunyi katak, air terjun dan burung berkicauan. Baru-baru ni saya pergi ke Mesilau sempena cuti Kaamatan. Pemandangan cantik sangat-sangat! Gunung Kinabalu boleh nampak di depan mata. Masa nak pergi Kundasang tu, kabus tebal. Hampir tak nampak jalan. Lagipun masa tu hujan lebat. Tapi sangat bernasib baik kerana tak ada apa-apa yang terjadi. Itu la pertama kali saya memandu sendiri ke Kundasang. Saya tak tau jalan ke sana, jadi follow kereta abang ipar dari belakang. Jalan berbukit, tanah runtuh (time tu) dan bengkok. Tapi tak ada masalah. Itu la Kundasang.

Resort tempat kami menginap adalah Mesilau Nature Resort, Sutera Harbour. Ada tiga bilik (katil king size), dapur dan ruang tamu. Cukup untuk satu family menginap. Harga penginapan untuk satu malam adalah RM900+. Untuk villa yang lebih murah juga disediakan mengikut saiz.

Sebenarnya ada banyak lagi resort yang boleh dilawati seperti Pine Resort, Rose Cabin, Cottage Resort etc dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!