Isnin, 17 Mei 2010

Garden Cafe, Shah Alam

Tak gemar masakan pedas tapi Spicy Lala Sizzling memang sedap

Kalau berjalan-jalan di Shah Alam, jangan lupa singgah ke Garden Cafe. Terletak di Ground Floor, Plaza Alam Sentral. Makanan sana sedap. Tapi saya syorkan makan sizzling dan nasi ayam. Memang best!

Makanan fav. saya adalah Spicy Lala Sizzling. Harga RM6.50. Dan Jasmine tea with honey. RM3.90. Sedap dan rugi kalau tak try! Selain tu, boleh cuba juga set nasi ayam. Kalau saya ke Shah Alam lagi, saya nak makan di Garden Cafe.

Thumbs up!

Selasa, 4 Mei 2010

Kaler Balik Foto Klasik?

Dunia sekarang amat canggih. Penggunaan Adobe Photoshop juga banyak faedahnya. Antaranya adalah mewarna balik gambar-gambar klasik datuk dan nenek serta keluarga kita. Yalah. Gambar zaman dulu mana ada kaler. Nak amik gambar pun bukannya senang. Tak semua orang boleh amik gambar macam tu sahaja.

Walaupun tak 100% sama dengan warna asli, tapi ia sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang suasana ketika itu. Kalau kita kaler balik gambar-gambar black & white ni, tentunya akan kelihatan sangat berbeza selepas tu.

Jom tengok gambar yang saya warna ni:
Gambar studio. Cuba teka mana satu my mum? ^^