Jumaat, 3 Disember 2010

Warna Warni Shah Alam... Dazzling!

Shah Alam meninggalkan banyak kenangan sewaktu saya belajar dulu. Sekarang dah menetap di Sabah kembali. Baru-baru ni kembali ke Shah Alam untuk berkonvo. Yeeee! Akhirnya saya konvo on-time

Tapi tetap tak sempat ke I-City. Tak apa. Lain kali boleh pergi. Ini adalah antara warna warni Shah Alam yang saya abadikan dalam blog ini. Kalau boleh, nanti nak pergi lagi ke sana sebab nak juga ke I-City! Sangat rugi la tak pergi hari tu. (Padahal belajar dua tahun di sana).




Konvokesyen UiTM ke-73

Dari kecil masuk sekolah tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah. Lepas tu masuk sekolah menengah... seterusnya ke Universiti. Mula-mula tamat Diploma. Then tamat Ijazah Sarjana Muda pula. Lepas ni tamat Sarjana dan paling last sekali tamat PhD. In Shaa Allah kalau ada rezeki nak sambung ke seterusnya lagi.

Masa saya berkonvo.... rasa sangat seronok. Dapat jumpa balik kawan-kawan sekelas dulu. Rasa rindu sangat kat mereka. Walaupun ada beberapa masalah ketika sebelum konvo berlangsung, syukur kerana semua dah selesai. Berkat doa kepada Allah dan pertolongan kawan, semua dah ok. 

Hehe. Berbalik kepada cerita konvo. Berlangsung pada jam 2 petang, sesi ke 8. Kali ni jubah lain sikit sebab ada hood. Dulu masa Diploma tak ada. Dapat bergambar bersama rakan-rakan tersayang. Terima kasih kepada mereka. Selamat maju jaya!

Sekarang saya dah kerja di UMS. Jadi kena minta cuti selama 3 hari untuk pergi ke Konvo tu. Mula-mula memang tak nak pergi tapi bila fikir balik, rugi pula kalau tak pergi kan?

Harap-harap bila dah tamat peringkat Sarjana, nak konvo on-time juga. Saya ingat lagi masa konvo tu. Saya dapat beberapa panggilan telefon daripada pejabat kerana hal kerja. Masa tu dah nak amik skrol pulak tu. Dan semasa berbaris di luar dewan, saya sempat lagi call Popoy (rakan sekerja), tanya progress pembentangan KIK bagi kumpulan kami.







Rabu, 2 Jun 2010

Kolam Air Panas, Poring

Poring tak sejuk seperti Kundasang. Tetapi sesuai untuk penggemar jungle tracking + suka outdoor activitiesm Kolam air panas Poring dah banyak berubah sekarang. Sekarang dah bertambah cantik :-)

Selain itu ada juga Kebun Kupu-Kupu dan canopy walk tak jauh dari sana. Ada Gua Kelawar dan macam-macam lagi. Gambar-gambar tu antara view yang sempat saya ambil. Perjalanan tak jauh dari Ranau. Dalam 30 minit dah sampai. Udara di sana sangat nyaman sebab sekeliling kolam tu adalah hutan belantara. Boleh tengok betapa cantiknya air terjun Mamut. Tapi hati-hati! Airnya sangat deras!

Ya. Selain kolam mandian tebuka, juga terdapat kolam mandian tertutup. RM15 untuk 1 jam. Sesuai untuk pengunjung yang inginkan privacy.

Saya sempat juga singgah ke Pekan Ranau pergi mencari makan. FYI... Pekan Ranau tak besar sangat tapi ada masa boleh jadi traffic jam kerana tamu (pasar).






Nak tau lebih lanjut mengenai Poring Hot Spring, sila klik link ini.

Best Place for Honeymoon, Mesilau







Kalau nak cari tempat romantik ala mountain view di negeri Sabah, jom datang ke Mesilau di Kundasang. Tempat ni sejuk, sunyi dan menenangkan fikiran. Boleh dengar bunyi katak, air terjun dan burung berkicauan. Baru-baru ni saya pergi ke Mesilau sempena cuti Kaamatan. Pemandangan cantik sangat-sangat! Gunung Kinabalu boleh nampak di depan mata. Masa nak pergi Kundasang tu, kabus tebal. Hampir tak nampak jalan. Lagipun masa tu hujan lebat. Tapi sangat bernasib baik kerana tak ada apa-apa yang terjadi. Itu la pertama kali saya memandu sendiri ke Kundasang. Saya tak tau jalan ke sana, jadi follow kereta abang ipar dari belakang. Jalan berbukit, tanah runtuh (time tu) dan bengkok. Tapi tak ada masalah. Itu la Kundasang.

Resort tempat kami menginap adalah Mesilau Nature Resort, Sutera Harbour. Ada tiga bilik (katil king size), dapur dan ruang tamu. Cukup untuk satu family menginap. Harga penginapan untuk satu malam adalah RM900+. Untuk villa yang lebih murah juga disediakan mengikut saiz.

Sebenarnya ada banyak lagi resort yang boleh dilawati seperti Pine Resort, Rose Cabin, Cottage Resort etc dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Isnin, 17 Mei 2010

Garden Cafe, Shah Alam

Tak gemar masakan pedas tapi Spicy Lala Sizzling memang sedap

Kalau berjalan-jalan di Shah Alam, jangan lupa singgah ke Garden Cafe. Terletak di Ground Floor, Plaza Alam Sentral. Makanan sana sedap. Tapi saya syorkan makan sizzling dan nasi ayam. Memang best!

Makanan fav. saya adalah Spicy Lala Sizzling. Harga RM6.50. Dan Jasmine tea with honey. RM3.90. Sedap dan rugi kalau tak try! Selain tu, boleh cuba juga set nasi ayam. Kalau saya ke Shah Alam lagi, saya nak makan di Garden Cafe.

Thumbs up!

Selasa, 4 Mei 2010

Kaler Balik Foto Klasik?

Dunia sekarang amat canggih. Penggunaan Adobe Photoshop juga banyak faedahnya. Antaranya adalah mewarna balik gambar-gambar klasik datuk dan nenek serta keluarga kita. Yalah. Gambar zaman dulu mana ada kaler. Nak amik gambar pun bukannya senang. Tak semua orang boleh amik gambar macam tu sahaja.

Walaupun tak 100% sama dengan warna asli, tapi ia sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang suasana ketika itu. Kalau kita kaler balik gambar-gambar black & white ni, tentunya akan kelihatan sangat berbeza selepas tu.

Jom tengok gambar yang saya warna ni:
Gambar studio. Cuba teka mana satu my mum? ^^

Selasa, 20 April 2010

Hantu dalam Ambulans

-
-
-
-
-
Gambar-gambar ni dikirim melalui MMS oleh abang saya. Kejadian berlaku masa kawannya tengah sakit dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans. Dalam ambulans memang takda sesiapa melainkan dia, pesakit dan doktor.

Cuba perhatikan gambar pertama. Tak ada apa kan?
(Imej tangan tu adalah tangan doktor)
Cuba tengok gambar kedua kat belakang kerusi tu. Perasan tak ada sesuatu berambut panjang?