Ahad, 23 Julai 2017

Kenapa Perlukan Air Purifier di Rumah?

Mulanya tak juga nak beli benda ni. Tapi selepas dimaklumkan betapa berkesannya air purifier ni terutama untuk kegunaan di rumah, saya pun tiba-tiba teringin nak beli juga. Lebih-lebih lagi saya yang alahan terhadap habuk. Nampaknya air purifier adalah penyelamat saya. 

Saya memilih jenama Sharp atas suggestion yang telah menggunakannya. Harga seunit dalam RM500+ tapi kalau bayar dengan menggunakan Maybank card, boleh dapat harga RM399 sahaja. Hanya di Sen Q (terms and conditions apply).

Kenapa kita memerlukan air purifier terutama sekali di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika mempunyai alahan atau ada anak-anak kecil.

  1. Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Tak kira la bau hapak, bau masakan, bau sampah, bau rokok dan sebagainya... dengan air purifier... tiada lagi segala bau-bauan tu. 
  2. Udara terasa lebih nyaman. Tentu sekali. Hidung pun rasa lebih selesa, malah tidur juga tidak terganggu akibat hidung tersumbat secara tiba-tiba (sinus). Pendek kata, alangkah terasa lapangnya udara ini. (Walaupun still menghadapi sinus, tapi dah tak berapa teruk sangat).
  3. Menyedut habuk dan bulu (bintang peliharaan). Oleh kerana rumah saya selalu dikunjungi kucing-kucing (kadang kala seekor... dua ekor... tiga atau empat), selalunya lantai dipenuhi bulu kucing. Bukan itu sahaja, malah habuk yang berterbangan amat menyukarkan. Dengan adanya air purifier, semua habuk dan bulu kucing jauh berkurangan.
  4. Bunyi seperti hujan yang begitu best. Sebenarnya ada tiga mode, nak high... moderate atau low. Tapi serius yang mode high bunyi macam hujan. Dalam kepala otak ni mesti set... "eh, hujan ke?" ^^


Saya menggunakan jenama Sharp. Air purifier ini juga dilengkapi dengan ionizer. Cuba lihat kebaikan filter + ions seperti gambar rajah di bawah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
Bagaimana air purifier Sharp ini berfungsi?


Sabtu, 22 Julai 2017

Susu Kacang Soya V Soy, Terbaik!

Kacang soya banyak khasiatnya. Salah satu boleh menguatkan daya ingatan. Selain itu ia juga mengandungi banyak protein dan jika bayi mengalami alahan dengan susu lembu, boleh digantikan dengan susu kacang soya. Tambahan pula, kacang soya merupakan sumber makanan vegetarian yang popular. 

Apakah jenama susu kacang soya kegemaran anda? Saya tentunya V Soy. Rasanya lebih lemak dan sedap berbanding jenama lain (bagi saya la). Susu kacang soya V Soy boleh didapati di mana-mana supermarket. 

Actually susu kacang V Soy terdapat dalam dua perisa iaitu Original atau Multi Grain. Tapi saya lebih menyukai yang original. Kalau minum waktu cuaca panas, ditambah lagi susu kacang baru keluar dari peti ais... memang terbaik la. 

P/S - Susu kacang homemade pun sedap juga. Yang fresh dan masih panas, anda patut cuba. 

Jumaat, 21 Julai 2017

Resepi Maggi Tiram

Kepada yang tak try lagi mi segera (Maggi) campur dengan tiram... saya syorkan untuk cuba. Memang sedap. Senang saja nak masak ni.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mi segera (Saya pilih jenama Maggi perisa ayam)
  • 1 biji telur ayam
  • Tiram (amount ikut suka nak banyak atau sikit)
  • Sayur-sayuran seperti kubis atau sawi
  • Air untuk masak mi segera

Cara-caranya:
  • Masak mi segera seperti biasa. 
  • Apabila mi segera dah mendidih, masukkan sayur-sayuran, sebiji telur ayam dan tiram. 
  • Kemudian tutupkan api. (Jangan biarkan tiram terlalu masak).
  • Siap untuk dihidangkan. Sedap jika ditambah sedikit serbuk lada putih dan makan bersama sambal kicap.

JJCM : CAMACA Ice Cream, IMAGO Kota Kinabalu

Orang sekarang lebih memilih ke arah kehidupan sihat. Makanan 'organic' atau 'less sweet' atau 'sugar free' lebih disukai. Nak makan sugar free chocolate atau aiskrim? Boleh try CAMACA di IMAGO Shopping Mall, Ground Floor... berhadapan dengan restoran Upperstar.

Semua makanan di CAMACA disediakan secara homemade menggunakan chocolate daripada Swiss. Selain 3itu, biji kopi yang digunakan juga dijamin kualiti. Oh ya! All sugar free.

Hiasan di ceiling CAMACA




Tiramisu

Chocolate

Satu scoop CAMACA dah memadai. Harga per scoop ialah RM12.80. 

Sabtu, 15 Julai 2017

JJCM : Royal Fried Chicken, Kota Kinabalu

Kepada yang suka makan fried chicken segera dan nak merasa yang berbeza dari kebiasaan, boleh try di Royal Fried Chicken. Terletak di Ground Floor, Centre Point, Kota Kinabalu (tak jauh dari kedai The Bodyshop).

Ada banyak set menu yang boleh dijadikan pilihan... Hari ni saya amik Set E yang bernilai RM11.90 sahaja. Set ini mengandungi dua ketul ayam (boleh pilih original atau spicy chicken), coleslaw, mashed potato dan air minuman karbornat.

Royal Fried Chicken

Coleslaw dan mashed potato. Apa yang best rasa coleslaw di sini ialah tak rasa berlemak sangat (lemak mayonise) dan mashed potato yang mempunyai extra sauce.

Saya pilih ayam goreng spicy. Rangup di luar... juicy di dalam.

Ayam goreng di Royal Fried Chicken sememangnya crispy. Thumbs up untuk ini. Kepada yang masih tak rasa ayam goreng kat sini, cubalah rasa. Memang tak rugi.

Raya @ UMS 2017

#rayakansebulan

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, UMS turut mengadakan majlis sambutan aidilfitri yang berlangsung pada 13 Julai 2017. Semua Fakulti, Institut dan Persatuan di dalam UMS mengambil bahagian dalam menghias booth masing-masing dan disertakan pelbagai juadah yang enak belaka.

Kali ini sambutan Raya @ UMS dihadiri oleh Tun TYT dan Ketua Menteri Sabah. 
Dalam kemeriahan sambutan raya, saya pun amik kesempatan ambil gambar bersama rakan-rakan UMS (yang ku sayangi). Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar tu tapi tak perlu upload semua la kot.

Apa-apapun, tahniah UMS kerana berjaya menganjurkan majlis raya pada kali ini. Walaupun menekankan konsep penjimatan, tetapi majlis tetap disambut dengan meriah!


Me with BFF

Booth Jabatan Pendaftar

Tun TYT dan Toh Puan rasmi kek kami 😍

Team KD Pisang Pisang (team memancing)

Dengan rakan-rakan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (tempat saya mula-mula kerja dulu. Chewah!)

Me with Kak Izza & Justina

Pedulikan eyebags yang tak best itu. Yang penting wefie dengan kawan-kawan.

Khamis, 6 Julai 2017

Take Care of Tanjung Kubong

Tempat ni dah jadi tumpuan penduduk dan pelancong. Ramai yang pergi bersiar-siar... ada yang pergi jogging etc. Kadang-kadang ada pertandingan marathon lagi. Signboard ke Chimney dan Pusara Peringatan British pun dah ada. Tong sampah dan pondok tempat berehat pula disediakan untuk kemudahan orang awam. Manakala di sebelah atas bukit, ada track untuk motorcross.

Dulu tak macam ni. Tempat ni sunyi. Tak ramai orang kecuali orang kampung dan nelayan. Masa saya kecil dulu memang suka mandi laut di sini. Asal sahaja pulang kampung, confirm masuk laut. Apa tidak... rumah pun dekat. Kayu-kayuan mati yang banyak di tepi pantai di sini kami jadikan pelampung. 

Bila masuk musim obor-obor... tak berani mandi. Pergi cari siput dan remis sahaja. Memang ni la hobi saya kalau balik kampung di Tanjung Kubong. Tak sah kalau tak pergi pantai. 

Dulu rumah datuk jauh sikit. Kat sebelah Chimney. Tapi nak pergi pantai boleh ikut shortcut. Sekarang kawasan tanah arwah datuk dah dijadikan Muzium Chimney. Jadi kami pindah ke kawasan jauh sedikit, tetapi lebih dekat dengan pantai. Pantai Tanjung Kubong.

Hari Raya pun pergi pantai cari siput

Waktu air surut. Ni tak surut betul-betul lagi ni.

Kawasan sini sangat tenang

Air yang jernih

Gua di tepi pantai

Bila ke pantai Tanjung Kubong... rindu zaman kanak-kanak dulu